Wednesday, January 5, 2022

Happy Birthday Suryati!

Selamat Hari Jadi Suryati Abdullah .

Dari pagi Kak Sikin sudah WhatsApp untuk bertanyakan tentang harijadi Sue. Memandangkan birthday Sue, Kak Ida bercuti, kami berdua terpaksa mencari back-up plan.

Selesai makan tengahari, Kak Ida terus mencapai kunci kereta dan ke SOGO untuk belikan hadiah. Mudah disitu kerana ada wrapping service disediakan. 

Akhirnya, kami bertiga bersetuju untuk membeli wallet untuk hadiah harijadi Sue. Yeay!

Turun ke tingkat bawah, kami singgah ke SDS untuk membeli kek dan terus pulang ke pejabat.


Mujur ada tambahan partner in crime. Kimi dan Abang Azhar membantu menyalakan lilin dan menyanyikan lagu Happy Birthday!



Kak Ida doakan dipanjangkan usia yang diberkati, dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah swt. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my