"Ammar, tolong ibu tutup tingkap..." sambil Kak Ida menukar gear R untuk mengundurkan kereta keluar dari tadika. Tanpa banyak soal, Ammar terus menekan butang di tepi tingkap.
"Tak cakap pun thank you." intonasi Ammar sudah nampak lain.
"Allah, sabarlah... bukan ibu taknak cakap thank you. Kan ibu tengah reverse kereta tadi."
"Iyelah... iyelah..." masih ada nada tidak puas hati disitu.
"Thank you Ammar..."
Mmm...
Ting!
"Ammar... Ammar... tadi ibu hantar Ammar ke sekolah tak say thank you pun?"
"Thank you ibu..."
"Ammar... Ammar... tadi ibu ambil Ammar dari sekolah tak say thank you pun?"
"Thank you ibu..."
"Ammar... Ammar... ni ibu ambil Ammar dari school Teacher Gee Ammar tak say thank you pun?"
Muka Ammar sudah berubah. Sudah mula rasa bersalah.
"Ammar... Ammar... bil internet ibu yang bayar. Ammar tak say thank you pun?"
"Ibu...!" Ammar sudah mula tersengih. Malu la tu...
"Sorry ibu. Ammar yang banyak tak say thank you kat ibu."
Alhamdulillah, mood Ammar kembali ceria. Fuh!
Tergelak-gelak bila Kak Ida mengusik sehingga sekarang. Alhamdulillah.
#AmmarSayang. Kalah itu pasti, seri itu mustahil bila mahu bertelagah dengan ibu.
No comments:
Post a Comment