Alhamdulillah, setelah lebih dua tahun, seksyen Kak Ida tidak membuat apa-apa aktiviti. Hasil keputusan mesyuarat pada 10 Januari 2022 yang lalu, satu keputusan sebulat suara diambil untuk "hang-out" bersama-sama di Hotel Holiday Inn, Johor Bahru.
Majlis dimulakan jam 12.00 tengahari. Pada asalnya, majlis ini dibuat di ruangan yang agak tertutup, tetapi bertembung dengan majlis orang besar-besar.
Jadi, majlis kami dibuat di ruangan lounge.
Majlis hari ini adalah bagi meraikan majlis persaraan Encik Rahmat Jaafar, majlis pertukaran pegawai dan kakitangan di seksyen yang telah bertukar pada 1 Januari 2022, majlis meraikan pegawai baru dan juga bekas-bekas pegawai di Seksyen NDCDB.
Cukup meriah!
Selesai makan, kita ambil gambar kenang-kenangan.
Seksyen CPDG yang lama. Akhirnya setelah tujuh tahun, Kak Ida bertukar unit ke Seksyen eQC.
Good luck guys!
... with my new unit!
Pegawai baru di tempat Kak Ida.
Thank you guys. Really appreciate.
Burung merpati terbang melayang
Terbang tinggi membelah angkasa
Harimau mati meninggalkan belang
Hidup manusia menabur jasa.
Tarik kemali di pagi hari
Tali dibuat mengikat mengkuang
Patahkan tumbuh hilang berganti
Bulat tekad dalam berjuang.
No comments:
Post a Comment