Sunday, March 5, 2023

Webinar Rahsia Cukai : e-filing e-BE Tahun Taksiran 2022

Alhamdulillah, 

Hari Khamis yang lalu, Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri webinar berkaitan Rahsia Bijak Cukai: e-Filing eBE Tahun Taksiran 2022 anjuran UiTM Pahang.

Terima kasih atas jemputan ini. Banyak maklumat baru yang Kak Ida perolehi dalam webinar ini terutama melibatkan penjimatan-penjimatan yang boleh kita dapat sebelum membayar cukai.

Antara intipati webinar kali ini ialah:

1. Sekarang dikenali sebagai MyTax 2.0.

2. Pembayar cukai boleh mengisi MyTax bermula 1 Mac 2023 sehingga 30 April 2023. Manakala tempoh pembayaran diberi tempoh seminggu dari tarikh tersebut. Tiada lagi penerimaan kiriman wang, wang pos atau tunai di kaunter. Semuanya cashless.

3. Setiap resit perlu disimpan dalam tempoh tujuh (7) tahun. Untuk mengelakkan dakwat hilang di resit, kita digalakkan scan dan tampal di dalam buku atau simpan di cloud yang berbayar atau percuma.

4. Pembayar cukai perlu tahu dan faham maksud claim tanpa resit dan claim bersama resit.

5. Penalti yang dikenakan adalah 30% dan flat rate penalti adalah 45%. Bukan kaleng-kaleng nilai denda yang dikenakan.

6. Ramai yang takut membayar cukai atau merasakan belum layak membayar cukai. Sebenarnya, lebih baik kita buat declaration.

Serba sedikit perkongsian tentang webinar kali ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca blog Kak Ida.

See you next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my