Salam blogger,
Akhirnya setelah perancangan tertangguh beberapa kali, akhirnya Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-15 dapat dijalankan pada 13 Mac 2023. Itupun dianjakkan masa sehingga jam 10.30 pagi kerana pagi itu, perlu menyantuni satu lagi program iaitu Komuniti Ukur Fit @ GSD 2023.
Buat kesekian kalinya, Kak Ida dilantik menjadi emcee untuk majlis perasmian yang akan dihadiri oleh Sr Nazri bin Othman, Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor.
Orang "belakang tabir"
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Hayati Ayob merangkap Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor. Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membentangkan dan mengesahkan laporan dan aktiviti serta penyata kewangan yang telah dijalankan pada tahun 2022. Selain itu, membentangkan usul (jika ada) dan membincangkan hal-hal berbangkit, hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-15.
Tepat jam 12.00 tengahari, majlis perasmian dimulakan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan PUSPANITA.
Bacaan doa memohon rahmat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sabiq Haziq bin Jamaluddin. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah s.w.t.
Alhamdulillah, Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sr Nazri bin Othman, Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor.
Kata-kata akhir Kak Ida adalah, "sentiasa memayungi PUSPANITA selepas ini..." hehehe.
Seusai majlis perasmian, tayangan montaj sepanjang aktiviti Tahun 2022 ditayangkan dan penyerahan cenderahati kepada semua ahli PUSPANITA yang hadir.
Alhamdulillah, bertuah juga! Hehehe...
... dan aktiviti paling wajib adalah sesi bergambar kenang-kenangan bersama Tuan Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor bersama barisan Ahli Jawatankuasa serta semua ahli-ahli PUSPANITA JUPEM Johor.
Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancarnya. Dikesempatan ini, Kak Ida mengucapkan terima kasih di atas segala kepercayaan yang diberikan sepanjang mengacarakan majlis ini.
Sesungguhnya yang khilaf adalah dari diri Kak Ida sendiri dan yang baik-baik tentunya dari Allah s.w.t jua.
Jumpa lagi di next posting. Tata!
No comments:
Post a Comment