Alhamdulillah, hari ini Ammar genap berusia 9 tahun. Anak lelaki tunggal Kak Ida.
Sempena birthday Ammar yang jatuh pada bulan Ramadan yang mulia ini, Kak Ida memohon doa dari sahabat muka buku mendoakan kesejahteraan, kesihatan, dan semua doa yang baik-baik.
Selepas berbuka puasa, Kak Ida mengajak anak-anak untuk berjalan-jalan di Aeon Setiawangsa. Treat day untuk birthday boy.
Laju kaki ini melangkah ke Mr. Toy. Kak Ida izinkan untuk Ammar memilih mana-mana bricks atau lego yang dia suka sebagai hadiah dari Kak Ida.
Ya, memang nampaknya Ammar sudah aim lego yang dia minat.
Tanpa berfikir panjang ok! Hehehe...
Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Tiba-tiba Kak Ida rindu zaman Ammar meminati Fire Engine. Dulu, bila dicari susah nak jumpa. Sekarang? Berlonggok-longgok! Pandang pun tidak. Hahaha...
Ammar sekarang beralih arah kepada kereta kebal, battleship dan kapal perang.
Sampai ke rumah uwannya, terus unboxing! Nah, ada yang tidak tidur malam ini menyusun bricks. Hehehe...
Happy birthday #AmmarSayang. Ibu dan ayah doakan menjadi anak yang soleh, membahagiakan hati dan sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah s.w.t. Insya Allah.
Edited: Akhirnya bricks ini dapat disiapkan jam 11.30 lagi. Priceless tengok muka Ammar. Yeay...
No comments:
Post a Comment