Friday, March 3, 2023

Gambar kenang-kenangan bersama Tuan Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor

Semalam, barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor mengambil gambar untuk melengkapkan laporan aktiviti ke PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

Sebenarnya, sudah banyak kali tertunda kerana bertindih dengan program yang lain.

Akhirnya, semalam dapat juga dilaksanakan. 

Terima kasih Azrul kerana membantu mendapatkan gambar yang cantik. Alhamdulillah.

By then, Kak Ida beri idea untuk mengambil gambar bersama-sama Tuan Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor jika beliau ada di pejabat.

Nah, memang rezeki kami semua. Alhamdulillah.

Kemudian, kami ke Tingkat 9 untuk mencari port dan menyusun kerusi untuk bergambar kenangan.

Tadaaa... memang kebetulan, CS pun memakai baju biru. Orang kata memang "in". Hahaha...

Terima kasih CS kerana sudi mengambil gambar bersama barisan AJK PUSPANITA JUPEM Johor. 

Insya Allah, bulan ini juga akan diadakan dua program serentak. Nantikan perkongsian nanti ya.

Ok, see you next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my