Friday, March 31, 2023

Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran dan Pelancaran Program Amal Ramadan PUSPANITA JUPEM Johor

Alhamdulillah,

Pada 28 Mac yang lalu, satu majlis ringkas pembukaan sempena Tadarus Al-Quran PUSPANITA JUPEM Johor telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Program ini merupakan program tahunan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Puan Saedah Sabli dan diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Puan Nur Hayati binti Ayob.

Serentak dengan program Tadarus Al-Quran ini, Program Amal Ramadan turut dilancarkan secara rasminya bagi mengumpul 35 bakul makanan dan wang tunai sebanyak RM 4,000.

Bakul makanan ini akan disumbangkan kepada ibu tunggal, mangsa-mangsa banjir, dan golongan yang memerlukan manakala wang tunai akan diserahkan kepada pegawai/kakitangan serta ahli keluarga JUPEM Johor yang mempunyai kelainan upaya (OKU), pesakit kanser dan lain-lain lagi bagi membantu meringankan keluarga tersebut.

Program Tadarus Al-Quran PUSPANITA JUPEM Johor telah dibahagikan kepada lapan kumpulan. 

Kemuncak program ini adalah Majlis Khatam Al-Quran dan penyerahan sumbangan Amal Ramadan yang akan dijangka berlangsung pada 16 April 2023.

Besar harapan Kak Ida, sahabat blogger dapat menyumbangkan sumbangan berbentuk wang tunai seperti yang tertera di poster.

Jumpa kita di next posting. Tata.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my