Alhamdulillah,
Menyantuni Majlis Libat Urus sekolah anak-anak pada waktu pagi untuk menguruskan hal-hal seperti yuran, buku dan sesi taklimat.
Syukur, Aina terpilih untuk masuk ke program inklusif untuk subjek Bahasa Melayu Tahun 3. Ammar pula dapat naik kelas Bijak dan menjawat pelbagai jawatan dan aktiviti di sekolah.
Kali ini, Kak Ida dilantik menjadi Pengerusi Badan Kebajikan sekolah anak-anak. Fuh! selepas ini, Kak Ida perlu lebih bijak menyusun atur masa.
Bila si dia maklumkan, Malam Apresiasi 2022 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dibuat di Holiday Villa Hotel, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk staycation di sana.
Seperti biasa, Along membantu menguruskan tempahan hotel. Alhamdulillah, ia mudah dan lebih tersusun.
Sebelum ke hotel, Kak Ida singgah ke Pejabat Pos Besar Johor Bahru untuk mengepos surat dan poskad yang sudah siap ditulis.
Sudahnya, Kak Ida check-in jam 3.00 petang, dan deposit RM 100 diperlukan sama ada dibayar secara tunai kredit kad.
Kami mendapat bilik 2012. Katil bersaiz king cukup untuk kami. Setelah letakkan beg, anak-anak tidak melengahkan masa menukar baju renang.
Paling best, ada bath-up. Boleh sambung mandi selepas mandi di kolam renang. Heaven untuk anak-anak sebenarnya.
Selepas solat Asar, kami ke Tingkat 25 untuk mandi. Infinity pool ok. Berlatar belakangkan view Bandaraya Johor Bahru.
Allahu, memang puas hati. Luas dan ada penjaga pool untuk menjaga keselamatan.
Orang pun tidak ramai semalam. Mungkin kami bercuti di tengah-tengah minggu agaknya.
Selepas mandi, kami buat keputusan untuk makan malam di KSL sahaja. Bukan apa, majlis si dia akan bermula jam 7.30 petang. Risau terkejar-kejar jika keluar.
Hanya berjalan kaki sahaja. Setelah berpusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya kami buat keputusan untuk makan di SDS sahaja. Memang berbaloi dengan harga dan potionnya pun banyak.
Nah, jam 6.30 petang kami sudah bergerak pulang ke hotel.
Anak-anak dan Kak Ida mengambil peluang untuk berehat sahaja malam ini di hotel. Kita akan sambung aktiviti esok pagi.
See you next posting. Tata.
No comments:
Post a Comment