Saturday, March 11, 2023

Program Tanam Pokok | Sireh Park

Alhamdulillah, hari ini menyantuni Program Tanam Pokok anjuran Sireh Park.

Seawal jam 7.15 pagi kami sudah bersedia untuk #CallingForVolunteer ke Sireh Park kerana program akan bermula jam 8.00 pagi. 

Alhamdulillah, sementara menantikan kehadiran peserta lain, anak-anak bermain daun pokok semalu yang tumbuh segar disitu. Ini pun mendatangkan keseronokan pada anak-anak. Hehehe...

Kami diarahkan berkumpul di office site Sireh Park untuk mendengar sedikit taklimat serta mengambil kedatangan.

Kemudian, kami menuju ke tempat semaian yang menempatkan pokok-pokok yang perlu ditanam. Di Sireh Park, ada lima (5) jenis pokok hutan yang ditanam disitu. Ia mengambil masa 20 tahun untuk membesar dan seterusnya berbuah.

Ditapak ini juga diletakkan tempat untuk memproses baja kompos yang diselia oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Kami terus menuju ke bahagian atas sebelum dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Oh ya, sebelum itu kami diberi taklimat bagaimana cara pokok ini ditanam. Semua tidak sabar.

Kali ini volunteer yang datang adalah paling TERamai. Terima kasih MCIS Life atas tajaan pokok. 

Yeay, program ini akhirnya tercapai dengan jayanya. Terima kasih Sireh Park atas peluang ini.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my