Wednesday, March 8, 2023

Selamat Hari Wanita | Kasih Wanita

Selamat Hari Wanita untuk semua sahabat blogger Kak Ida.

Bertemakan "Kasih Wanita" pada tahun 2023, ia membawa maksud yang cukup bermakna untuk diri ini yang bergelar anak perempuan, isteri, ibu dan juga wanita.

K - Kasih sayang 
A - Akhlak Wanita 
S - Sihat
I - Ilmu
H - Harmoni

Hari Wanita ini disambut pada 8 Mac 2023 bagi mengurangkan diskriminasi terhadap golongan wanita.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang secara rasminya mengiktiraf Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1977, turut menerima Konvensyen Tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), iaitu satu perjanjian penting antarabangsa yang menggariskan hak-hak wanita. 

Malaysia turut tidak ketinggalan dalam hal ini dengan mengambil keputusan untuk menandatangani CEDAW pada tahun 1995.

Empower women!



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my