Alhamdulillah,
Kak Ida terpilih untuk mengikuti Pengurusan Kewangan anjuran My Iskandar Johor Bahru. Rupa-rupanya kursus ini mempunyai dua sesi yang berlangsung pada 20 dan 21 Mac 2023.
Kak Ida yang tidak perasan agaknya.
Mujurlah tarikh yang dipilih tidak bertembung dengan program tahlil, gotong-royong dan sambutan hari jadi Zon Pulau Aur tetapi sebenarnya ia bertembung dengan kursus atas talian anjuran INSTUN.
Menggelabah puyuh juga. Kedua-dua kursus ini memang "pujaan hati".
Kita hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancangan oleh Allah s.w.t,
Lewat tengah malam, penganjur memaklumkan kursus INSTUN terpaksa ditangguhkan kerana ayah penceramah telah dimasukkan ke dalam ICU. Akhirnya, Kak Ida dapat memfokuskan diri mengikuti kursus My Iskandar.
Pagi itu, Kak Ida bersarapan terlebih dahulu di Onn Kitchen dengan big brothers. Teringin hendak menikmati roti bom. Lagipun, sudah lama Kak Ida tidak bersarapan dengan Abang Azhar.
Selepas bersarapan, Kak Ida meneruskan perjalanan ke Potpourri Boutique Hotel yang terletak di Nong Chik.
Well said, Kak Ida kagum dengan hiasan di hotel ini. Dekorasi yang ringkas dan menenangkan.
Kursus yang dijalankan sehari suntuk ini berlangsung di Dewan Daisy. Dewan ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 50-80 peserta dalam satu-satu masa. Memang selesa dan lengkap dengan peralatan PA System.
Hiasan dinding hotel penuh dengan kata-kata motivasi.
Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan Kak Ida terpilih memasuki kumpulan 5.
Ada 10 orang dalam kumpulan ini yang masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Kak Ima dilantik sebagai CEO, Farah pula Bendahari syarikat Manis Food manakala Kak Ida pula dilantik menjadi jurucakap kumpulan! Rasa? Hehehe...
Syarikat kumpulan kami dikenali sebagai Manis Food Sdn. Bhd. Mujur ada sedikit sebanyak ilmu tentang Canva.
... dah nah, terhasillah ini...
Banyak yang Kak Ida belajar iaitu cara menguruskan syarikat seperti membuat penyata akaun, menguruskan kewangan, cukai dan lain-lain lagi.
Syukur, dapat team yang padu. Kami berjaya mengumpul modal sebanyak RM 19,500. Walaupun berjaya mendapat tempat ketiga, ianya cukup membanggakan!
Paling best?
Banyak gift Kak Ida terima dari Maxis yang merupakan penaja utama sepanjang program Pengurusan Kewangan ini berlangsung. Antaranya dari pen dan tote beg.
Terima kasih My Iskandar, terima kasih kepada penceramah dan especially team Manis Food Sdn. Bhd. Korang memang awesome!
Jumpa lagi di next posting. Tata!
No comments:
Post a Comment