š¼šµš¶Didi and Friends... š¼šµš¶
Sejak 23 Februari cerita ini ditayangkan di pawagam, anak-anak sudah merengek untuk menontonnya.
Cuma itulah, masa tidak mengizinkan kerana Aisyah ada peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama pada waktu itu.
Akhirnya, petang semalam ketika menemani anak-anak berenang di Clubhouse, Kak Ida buat keputusan untuk menonton wayang pada waktu malam.
Sebelum itu, Kak Ida bertanya dulu pada si dia jika beliau ada-apa perancangan.
Alhamdulillah, jadual beliau kosong. Terus Kak Ida buka apps TGV untuk melihat waktu tayangan yang available.
Nah, pukul 8.00 malam! Rasa?
Bergegas meminta anak-anak untuk bersiap manakala Kak Ida terus ke dapur untuk masak. Waktu kecemasan seperti ini, biarlah lauk universal yang paling mudah. Ayam masak kicap! Hehehe...
Kami bergerak ke TGV Kulaijaya selepas solat Maghrib. Mujur tidak jauh dari rumah dan jalan cukup lancar. Ngam-ngam kami sampai di AEON Kulai dalam jam 7.57 malam.
Sementara menantikan si dia pergi ke Mr DIY untuk program pagi esok, Kak Ida pula membeli pop corn dan minuman ringan. Selesai semua, kami terus masuk ke Hall 1. Yeay, wayang masih belum bermula.
Alhamdulillah, anak-anak seronok. Puas hati ibu bila dapat menunaikan janji.
So far, tidak sangka ada plot twist dalam Didi and Friends. Kasih seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya.
Ok, jom balik. Pagi esok ada program untuk Homeschooling. Yeay.
No comments:
Post a Comment