Friday, March 3, 2023

Santai GIAT | Sea Intervention and Rehabilitation Centre dan Sea Skills Sdn. Bhd.

Alhamdulillah,

Program terbaru hasil mesyuarat AJK Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa 1/2023 ini akhirnya berjalan seperti yang dirancang.

Santai GIAT kali ini ke Sea Intervention and Rehabilitation Centre dan Sea Skills Sdn. Bhd.

Program ini bertujuan untuk meninjau program-program yang ditawarkan untuk anak-anak istimewa di Johor Bahru khususnya untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada ibubapa yang mahu menghantar anak-anak ke Pusat Intervensi yang ada.

Kak Ida bertolak dari pejabat tepat jam 1.00 petang. Melihat Waze, ianya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Bandar Dato Onn. 

Alhamdulillah, Kak Ida sampai setengah jam kemudian dan terus membuat panggilan kepada Teacher Gee sama ada anak-anak sudah sampai ke Masjid Bandar Dato Onn ke belum untuk mengambil mereka bertiga. 

Selepas mengambil anak-anak, Kak Ida terus menuju ke Sea Intervention and Rehabilitation Centre yang terletak lebih kurang 200 meter dari Masjid Bandar Dato Onn.

Kami disambut mesra oleh pengurus SEA. 

Disini, Kak Ida kongsikan 





Alhamdulillah, program ini selesai dalam jam 4.30 petang. Masa untuk kami bergerak pulang. Terima kasih Sea Intervention and Rehabilitation Centre atas kesudian menerima kehadiran kami.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my