Thursday, March 16, 2023

Staycation | Holiday Villa Hotel Part II

Seawal jam 6.30 pagi Kak Ida dan si dia sudah bersiap-siap untuk bersarapan di Fern Pine Cafe di Tingkat 9. 

Alhamdulillah, ada menu nasi lemak, bubur ikan, buah-buahan, salad, dan lain-lain lagi. Memang sedap.

Kami bersarapan sehingga jam 8.00 pagi sebelum naik ke bilik. Anak-anak sudah merengek untuk ke kolam. Kah! Orang kata selagi boleh memulun kan?

Kak Ida buat keputusan untuk stay dibilik. Kebetulan ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Setelah selesai semuanya, masa untuk me time pula.

Tanya anak-anak mahu makan apa untuk lunch, semua mahukan menu nasi ayam. Alhamdulillah, mudah Kak Ida membuat keputusan untuk ke terus ke Chicken Rice Shop di South Key selepas check-out nanti.

Selesai urusan check-out jam 11.30 pagi, terus roda bergerak ke South Key. Mujur orang masih belum keluar pejabat, jadi suasana agak lengang.

Selesai makan, anak-anak ingin berjalan-jalan di sini. Memang kami berdua tiada apa-apa perancangan, jadi boleh sahaja turutkan permintaan anak-anak.

Alhamdulillah, anak-anak ke Mr DIY, beli biskut Famous Amos, dan lain-lain. It's your day kids sebelum cuti sekolah tamat secara rasminya Sabtu ini. Hahaha...

Ok kids, ayuh pulang ke sarang. Berakhir sudah staycation kali ini.

Insya Allah selepas ini, kita akan cari tempat yang lain pula untuk staycation.

See you next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my