Friday, March 31, 2023
Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran dan Pelancaran Program Amal Ramadan PUSPANITA JUPEM Johor
Thursday, March 30, 2023
Program Amal Ramadan PUSPANITA JUPEM Johor
Saturday, March 25, 2023
Pengurusan Kewangan | My Iskandar
Salam Ramadan 1444H
Majlis tahlil, program gotong-royong dan sambutan hari jadi Zon Pulau Aur
Alhamdulillah,
Selesai sudah majlis tahlil, program gotong-royong dan majlis meraikan hari jadi bagi "babies" Januari sehingga Mac Zon Pulau Aur.
Program tahunan di zon Kak Ida terutama sebelum menyambut bulan Ramadan yang akan menjelang tiba dua hari lagi.
Allah izinkan Kak Ida untuk memasak seperiuk mee kari untuk hidangan minum pagi sebelum majlis tahlil dimulakan pada jam 9.15 pagi. Terima kasih Tuan Haji Sabiq Haziq yang mengetuai bacaan tahlil ringkas ini. Rasa sayu menyelubungi hati setiap kali Haziq menyebut seorang demi seorang nama Allahyarham atau Allahyarhamah yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.
Selepas majlis tahlil, program gotong-royong terus dijalankan. Kami mengemas tempat pengumpulan barang terpakai dan stesen meja masing-masing terutama mengelap habuk, membuang kertas yang tidak diperlukan dan lain-lain lagi. Kebetulan, giliran Kak Ida untuk mendapat laptop baru. Sekali harung kita buat.
Yang girls pula bahagian oils and gas. Menu tengahari pada kali ini adalah nasi kerabu dan sandwich untuk pencuci mulut.
Air tangan Chef Kak Jun. Lengkap dengan lada solok dan telur masin. Memang kenyang sungguh kami tengahari itu.
Sementara menantikan waktu petang untuk majis potong kek bagi meraikan harijadi "babies" bulan Januari sehingga Mac.
Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancang. Sederhana tetapi meriah!
Insya Allah, program Zon Pulau Aur akan bersambung pada bulan Mei nanti. Yeay.