Jumaat datang lagi. Ini bermakna, sebahagian masa Kak Ida akan dihabiskan untuk menyelesaikan ByKamilia dan pastinya bersama keluarga.
Kita jiggle sehabis baik.
Pagi ini menyantuni temujanji dan penutup untuk tahun 2021 di Public Gold Branch Johor Bahru. Ada beberapa urusan dan amanah yang perlu diselesaikan.
Hampir 100 gram kita tuai hasilnya. Syukur alhamdulillah. Kak Ida sentiasa doakan team #SahabatEmas dapat mencapai misi 1 kilo, 1 keluarga. Dalam keadaan sekarang, simpanan emas adalah bentuk pelaburan yang terbaik.
Selesai urusan, Kak Ida menyantuni keluarga kecil kami untuk menikmati sarapan pagi di Kluang Coffee yang berselang beberapa lot kedai dari Public Gold.
Plan kami seterusnya untuk COD barang dagangan ByKamilia ke Sekolah Tun Fatimah.
Tidak perlu berbelanja beratus ringgit untuk mencipta kenangan. Semua bergantung pada diri kita untuk kreatif dalam mencipta kenangan pada anak-anak.
Kak Ida singgah ke Balloon Candy Wonderland di City Square. Sekadar untuk mengambil gambar dan melihat seni kreatif yang telah dihasilkan dari belon.
Kreatif kan? Sesuai untuk anak-anak.
"Kita tidak akan makan tengahari di sini. Ok?" pesan ibu pada Adilah.
Anak-anak mengangguk faham. Cuma Aina mula merengek mahukan sebiji belon untuk dibawa pulang.
Mmm... bertabahlah.
Kalau sudah rezeki, memang tidak kemana, booth sudah dibuka untuk mengedarkan belon secara percuma. Kak Ida tidak melepaskan peluang untuk merealisasikan hajat Aina.
Menggeleng kepala si dia bila dapat tahu Kak Ida sanggup berpatah balik. Muka anak tersenyum riang bila mendapat belon seorang satu sangatlah priceless!
"Terima kasih ibu!"
Oh ya, parking kereta di City Square adalah percuma untuk tempoh tiga jam pertama.
Nah, nikmat menghabiskan masa bersama keluarga adalah satu bentuk kesyukuran.
Sentiasa jaga SOP untuk "Keep Johor Covid Free"