Thursday, December 30, 2021

Selamat Maju Jaya Kimi

"Akak, nak join majlis untuk Kimi esok? Kita makan asam pedas Sg. Melayu" satu whatsapp masuk dari Sue.

Oh sudah. Esok jadual bertindih-tindih. Si dia ada majlis di Persada Johor manakala Kak Ida pula hendak pulang awal kerana mengikut perancangan, Kak Ida akan bertolak ke Negeri Sembilan petang esok. 

Timbang punya timbang, Kak Ida bersetuju untuk join. Tidak mahu menghampakan ajakan orang. Terima kasih si dia kerana memahami.

Alhamdulillah, majlis kecil-kecilan untuk meraikan Kimi yang akan berpindah ke Batu Pahat berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.



Kak Ida doakan semoga lebih cemerlang ditempat baru.


Bab bergambar, memang happening!

... dah nah, alhamdulillah. Semua berlangsung mengikut perancangan. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke syurga. Insya-Allah. 

Tuesday, December 28, 2021

Tahniah Aisyah Insyirah

Alhamdulillah,

Ini [ HARINYA ]

Ibu berjaya menembusi website untuk menyemak keputusan Aisyah jam 11.15 pagi semalam. Memang sesak kerana Kak Ida difahamkan, lebih kurang 500,000 calon UPKK pada tahun ini.

Tidak mudah dengan PdPr + inilah kali pertama penilaian baru untuk UPKK digunakan.


Syukur pada Allah swt. Tahniah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul . Semua subjek lulus dengan cemerlang dan baik. Next, kita fokus dengan SDEA pula.

Saturday, December 25, 2021

Soft launching Kopi Peh'likat

"Jom Ida, petang ni kita lepak minum kopi nak?"

Dalam hati, sudah tahu tempat yang si dia maksudkan. Iyelah, soft launching Kopi Peh'likat petang ini.

Alang-alang, kita test sekali My RFID yang si dia baru pasang di cermin kereta. Hihi Punyalah excited masing-masing.

Syukur, ngam-ngam pukul 6.01 petang, Kak Ida selamat sampai ke Jalan Nusaria 8/5. 





Nah, terbaik barista. Latte pilihan si dia manakala chocolate roasted almonds dan chocolate vanilla pilihan anak-anak.



Tidak sah, tiada kek bila kita menikmati kopi kan? Gabungan terbaik. Jadi, dua potong kek Nisakay Daim menjadi pilihan.



Terbaik!


Terima kasih atas layanan Fisha Mustika dan Muhammad Ashaabul Yamin . Tahniah dan selamat maju jaya dari Kak Ida.

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021.





Friday, December 24, 2021

Balloon Candy Wonderland | City Square, Johor Bahru

Jumaat datang lagi. Ini bermakna, sebahagian masa Kak Ida akan dihabiskan untuk menyelesaikan ByKamilia dan pastinya bersama keluarga.

Kita jiggle sehabis baik.

Pagi ini menyantuni temujanji dan penutup untuk tahun 2021 di Public Gold Branch Johor Bahru. Ada beberapa urusan dan amanah yang perlu diselesaikan.


Hampir 100 gram kita tuai hasilnya. Syukur alhamdulillah. Kak Ida sentiasa doakan team #SahabatEmas dapat mencapai misi 1 kilo, 1 keluarga. Dalam keadaan sekarang, simpanan emas adalah bentuk pelaburan yang terbaik.

Boleh BACA DISINI [ Cara buka akaun emas Public Gold ]


Selesai urusan, Kak Ida menyantuni keluarga kecil kami untuk menikmati sarapan pagi di Kluang Coffee yang berselang beberapa lot kedai dari Public Gold.


Plan kami seterusnya untuk COD barang dagangan ByKamilia ke Sekolah Tun Fatimah. 

Selalu Kak Ida ingatkan pada si dia, #BahagiaCaraKita.

Tidak perlu berbelanja beratus ringgit untuk mencipta kenangan. Semua bergantung pada diri kita untuk kreatif dalam mencipta kenangan pada anak-anak.

 Kak Ida singgah ke Balloon Candy Wonderland di City Square. Sekadar untuk mengambil gambar dan melihat seni kreatif yang telah dihasilkan dari belon.




Kreatif kan? Sesuai untuk anak-anak.

"Kita tidak akan makan tengahari di sini. Ok?" pesan ibu pada Adilah.

Anak-anak mengangguk faham. Cuma Aina mula merengek mahukan sebiji belon untuk dibawa pulang.

Mmm... bertabahlah.

Kalau sudah rezeki, memang tidak kemana, booth sudah dibuka untuk mengedarkan belon secara percuma. Kak Ida tidak melepaskan peluang untuk merealisasikan hajat Aina.


Menggeleng kepala si dia bila dapat tahu Kak Ida sanggup berpatah balik. Muka anak tersenyum riang bila mendapat belon seorang satu sangatlah priceless!

"Terima kasih ibu!"

Oh ya, parking kereta di City Square adalah percuma untuk tempoh tiga jam pertama.

Nah, nikmat menghabiskan masa bersama keluarga adalah satu bentuk kesyukuran.


Sentiasa jaga SOP untuk "Keep Johor Covid Free"

Thursday, December 23, 2021

Selamat Maju Jaya Puan Jihan

Alhamdulillah, 

Hari ini menyantuni majlis makan tengahari bagi meraikan Puan Jihan ke Putrajaya di Hotel Holiday Inn Suite and Express. Kami berjalan kaki sahaja ke hotel ini kerana dekat sahaja dengan pejabat.


Selepas kenyang menikmati jamuan, kami mengambil gambar kenang-kenangan. Ini memang port instagramable jika kita ke sini.




Smile...


Thank you Nasir for lovely picture. Sabar melayan kerenah Kak Ida yang suka sangat bergambar. Hihihi

Kemudian, Kak Ida menyantuni Jihan di biliknya. 

Selamat maju jaya. Semoga lebih cemerlang dan gemilang di tempat baru. Hanya doa yang baik-baik mengiringi langkah Jihan disana. Insya Allah.


 

Wednesday, December 22, 2021

Picnic di TMYIC Hutan Bandar Johor Bahru

Last outing sebelum tadika mula bercuti pada minggu depan. Perancangan asal hendak ke Nusajaya, tetapi, perancangan Allah juga yang terbaik.

Ini sahajalah peluang anak-anak untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
.
Gigih ibu mengambil cuti rehat demi anak-anak sehari selepas berkongsi taklimat untuk Lantikan Pegawai Baru. Dari semalam anak-anak cukup excited berkongsi cerita untuk program ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah manis, dalam kepala ligat memikirkan apa lagi yang boleh dibuat apabila perancangan asal telah diubah untuk picnic di TMYIC Hutan Bandar Johor Bahru.

Ting! Props picnic

Gigih Kak Ida menelefon Teacher Fieqa dan Teacher Anisa untuk berkongsi idea. Yeay, mereka bersetuju.


Menu potluck pilihan adalah jemput-jemput nestum. 

Alhamdulillah. Pagi itu, hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Allahu, semoga Allah memberi kelancaran dan memudahkan segala urusan. Mujur ada ruangan berbumbung. Fefeling kami di Cameron! Gituw






Simple but nice. Ada belon, bakul rotan picnic dan juga bantal serta selimut untuk props gambar kenang-kenangan. Love it!





Sebahagian dari menu potluck yang disumbangkan oleh mommies!


Terima kasih Teacher Fieqa Zaidi kerana merealisasikan impian Kak Ida. 

Everything for you kids. 

Thursday, December 16, 2021

Roadschooling | Skytropolis, Indoor Theme Park Genting Highlands

Kemuncak percutian kali ini.

Pengalaman kali pertama anak-anak menaiki cable car. Kali ini Kak Ida memilih ke Genting Highlands kerana tidak jauh dari rumah mama.

Alhamdulillah, semua teruja. Seawal jam 7.00 pagi kami sudah memulakan perjalanna ke Genting Premium Outlet.

Tips:
Parking di tingkat paling atas di GPO untuk ke Bridge Awana SkyWay.


Kak Ida sudah menempah awal dan telah memilih Standard Gondola kerana harganya lebih murah berbanding Glass Gondola. Sejujurnya, risau juga memilih Glass Gondola kerana Ammar dan Aina agak gayat jika berada di tempat tinggi.

Syukur, kami dapat satu gondola untuk keluarga kami sahaja. Memang seronok dapat mengambil gambar bersama mencipta kenangan.


Muka penat. Memang kami pulun habis cuti kali ini. 



Sampai ke puncak Genting, baru kami dapat tahu kaunter Skytropolis dibuka pada jam 12.00 tengahari. Ya Allah, bertabahlah hati. Si dia membuat keputusan untuk mencari sarapan pagi dan berjalan-jalan di sekitar hotel untuk menghabiskan masa.




Kebetulan, tidak lama lagi krismas. Hotel dihiasi dengan lampu yang cukup indah. Pakej ada bunyi seolah-olah kita berada di dalam hutan.


Inilah kejutan untuk anak-anak sebenarnya.

Skytropolis, Indoor Theme Park.

Sudah lama Kak Ida tidak berjalan 20k langkah! 

Surrender bila mengenangkan tenaga anak-anak yang tidak habis. Alhamdulillah, Aina, Adilah dan Ammar ada keberanian memilih permainan yang dia mahukan.

Sensori Aina dan Ammar checked!
 
Masing-masing teruja untuk mencuba setiap permainan yang ada (dengan syarat mengikut ketinggian yang telah ditetapkan). Adrenalin mereka memang fuh!




Kak Ida membeli tiga tiket combo sekaligus! Puas hati...





Menara jam di Genting Highlands!











Takpelah, paling penting. Misi untuk anak-anak merasai pengalaman naik gondola tercapai.
Alhamdulillah, cuaca cukup cantik untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my