Hai semua.
Tengah buat apa tuuu...
Sudah lama si dia mahu belikan Kak Ida kasut jenama Skechers. Lagi-lagi bila Kak Ida aktif dalam #Vitualrun semenjak tahun lepas.
"Tidak sakit bila Ida berjalan jauh..."
Sejenis Kak Ida pula, pakai sahaja kasut apa yang ada asalkan selesa. Selagi kasut yang ada ini tidak lunyai, memang itulah satu kasut yang Kak Ida akan pakai. Warna kasut pun warna yang "selamat". Boleh disesuaikan dengan SEMUA warna baju. Hahaha...
Sejujurnya, jenama ini langsung tiada dalam list Kak Ida. Paling mahal kasut yang Kak Ida beli adalah jenama Carlo Rino. Itupun untuk hantaran kahwin. Selalunya Bata, Summit ataupun Vinci. Hihihi
Ketika kami berjalan-jalan di City Square tempoh hari, si dia ingatkan ada di situ. Rupa-rupanya ada di JBCC Komtar. Tetapi, kami tidak sempat untuk ke sana. Terpaksa si dia pendamkan lagi hajat untuk membeli kasut Kak Ida.
"Cabaran betul..." Hihihi
Malam tu, ketika Kak Ida scroll Facebook, ternampak iklan,
"Kasut ni ke yang abang cakap? Dia tengah buat sale RM 1".
Bersinar-sinar mata si dia. Seperti biasa, kisah Skechers ini berlalu.
Allahu, tengahari tadi si dia ajak makan tenghari sama-sama. Selepas makan, si dia terus ajak ke JBCC Komtar. Menggeleng kepala Kak Ida melihat telatah si dia.
He treat me like a princess.
Pertama kali Kak Ida jejakkan kaki ke butik ini.
Cerewetnya si dia memang termasuk dalam kategori "boleh tahan". Penat berdiri, Kak Ida duduk. Satu-satu kasut si dia belek dan acu di kaki Kak Ida.
"Lembut kan sayang? Insya Allah, kaki sayang tidak melecet lagi selepas ini."
Kak Ida mampu mengangguk sahaja. Nak cakap lebih-lebih pun, Kak Ida tidak berapa faham.
Pung pang pung pang dengan staf, alhamdulillah, akhirnya dua pasang kasut menjadi milik Kak Ida.
Puas hati betul bila dia dapat belikan kasut ini. Sampai sekarang, Kak Ida masih tidak percaya Kak Ida akan pakai kasut ini.
Terima kasih abang. Ida doakan rezeki abang sentiasa dimurahkan dari segenap penjuru.
Sila ootd dengan kasut plisss
ReplyDeleteNantikan... Hahahaha
ReplyDelete