Morning view dari bilik kami di Legoland Hotel.
Assalammualaikum semua.
Seusai solat Subuh, Kak Ida ambil kesempatan menikmati ketenangan pagi sementara menunggu waktu sarapan jam 9.00 pagi. #NewNorm yang perlu semua orang patuhi.
Setiap keluarga hanya diperuntukkan bersarapan selama 45 minit sahaja. Baki 15 minit untuk memudahkan staf mengemas dan membuat sanitize untuk keluarga seterusnya.
Kita daftar masuk untuk memaklumkan nombor bilik dan jumlah kepala. Kemudian, staf akan membawa kita ke meja dan kita hanya perlu duduk sahaja sehingga makanan sampai.
Sarapan pagi kami di Bricks Family Restaurant.
Senarai menu yang telah diletakkan di depan pintu masuk restoran.
Tiada buffet. Semua makanan akan dihidang ke meja makan. Jangan risau, kita boleh minta tambahan makanan pada staf disitu jika tidak cukup. Disini, Kak Ida dapat lihat tiada pembaziran makanan berlaku. Semuanya habis dimakan.
Makanan? Semua sedap-sedap belaka. Memang berbaloi-baloi. Tetapi itulah, tempoh 45 minit begitu pantas berlalu. Hahaha... Jangan mimpi nak relax-relax menikmati kopi pula. Giliran keluarga pukul 10.00 pagi sudah menanti diluar.
Selepas bersarapan, aktiviti untuk anak-anak sudah bermula. Ada bricks foam, colouring, build bricks dan macam-mana lagi.
Tahu-tahu, sudah menjelang tengahari. Kami bercadang hendak makan tengahari di Ben's Independent Grocery (B.I.G) berhadapan Legoland Hotel.
Jalan kaki berjemaah ke Mall of Medini.
Wantan soup.
Antara menu wajib cuba, mee wantan soup dan kuew tiaw beef. 4.5 bintang untuk menu ini. Serius, memang sedap. Termasuk cili jeruknya. Fuh!
Alang-alang ke sini, Kak Ida spend masa di Mall of Medini. Beri anak-anak bersiar-siar sebelum balik ke hotel semula.
Kalau perasan, banyak kepala keretapi Thomas disini. Rupa-rupanya. ianya dibawa dari Hello Kitty yang telah ditutup.
Alhamdulillah, masa untuk pulang.
No comments:
Post a Comment