Wednesday, July 8, 2020

Pengalaman ke Legoland Separuh Masa Kedua

We time.

Inilah kami. Ambil kesempatan berdua-duaan untuk berjalan di sekitar hotel. Motif? Kami ingin meninjau program apa yang boleh dilakukan oleh anak-anak.

Tidak jauh dari Legoland Hotel, ada Medini Mall. Disini ada KFC, Subway, Secret Recipe dan lain-lain lagi.

Kak Ida ambil peluang menikmati kopi di Ben's Independent Grocery (B.I.G).







View disini cukup menenangkan. Mungkin sebab hari bekerja, orang tidak ramai ke sini. 






Idea rak buku yang menarik perhatian Kak Ida. Cantik kan?

Tidak sah kalau tidak OOTD. Hahaha...


Balik ke bilik, 

"Kejap eh abang. Ida nak tanya kaunter, ada kekosongan lagi tak..."

Alhamdulillah, memang rezeki anak-anak. 

Apa lagi, menjerit kesukaan bila dapat peluang mandi.

Satu keluarga dibenarkan mandi dalam tempoh 45 minit. Hanya 15 orang dalam satu-satu masa. Jadi, masa yang ada kena semaksimum yang boleh. 



Selesai mandi, kami pulang ke bilik. Anak-anak sudah kelaparan. Apa lagi, sup ibu jugalah puujjaann hati. 

Selepas makan malam, tengok TV, terus senyap. 

Good night anak ibu. Tidur yang indah-indah ok.


Kita sambung esok.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my