Everything's ok Aina? ayat pemanis bila ambil Aina dari sekolah.
"Yes, I'm okay..."
(silent mode).
Ibu, ibu...
Ya?
"Cikgu Shiha suruh bawa loceng dengan tamborine. Bunyi dia kan, ka ching ka ching... kita boleh tepuk kat tangan. Macam ni... (sambil tunjuk cara). Cikgu Shiha dah beli, tapi tak cukup..." (sedih betul nada tu weh...)
Apa yang tak cukup? Dalam kepala terus berpusing, tamborine ke loceng tak cukup?
Struggle betul Kak Ida mahu memahami kata-kata Aina.
Aina, which one teacher Shiha nak? Loceng atau tamborine?
"Bukan Teacher Shiha. Cikgu Shiha la ibu..."
(dalam ibu tarik nafas panjang)
Ya ya, Cikgu Shiha nak yang mana satu?
"Dua-dua la ibu, nanti tak bunyi."
Fuh, dua-dua tak bunyi. Bukan loceng dengan tamborine berbunyi ke?
Sampai depan pintu tadika, tarik handbrake, terus Kak Ida WhatsApp Cikgu Shiha. Kak Ida bukan boleh, kang tengah mengadap kerja, takut terlupa. Memori low tengahari macam ini.
Aduh anak.... Bertabahlah ibu.
No comments:
Post a Comment