Thursday, July 2, 2020

Idea kreatif dari Roll Tisu

Salam sahabat blogger Kak Ida. Hari ini Kak Ida nak kongsikan projek kemahiran motor kasar untuk salah satu subjek Aina.

Tajuk: Idea kreatif daripada bahan terbuang.
Objektif: Murid boleh mengetahui dan mengolah sesuatu kreatif .
Aktiviti:
1. Murid menonton video pengajaran.
2. Murid mengetahui pembelajaran yang diberikan.
3. Murid merekacipta berdasarkan bahan yang ada dengan bimbingan ibu bapa.

Guru mencadangkan untuk membuat idea kreatif dari roll tisu. Maklumlah, dirumah, selalunya roll tisu digunakan di dapur.

Banyak idea kreatif yang boleh dilakukan dengan roll tisu.

Kami berdua bercadang membuat tempat letak pensel dengan tema serangga "lady bird". 


Barang-barang itu memang ada dirumah iaitu roll tisu, kertas warna (merah dan hitam), gam, gunting dan mata.


Roll tisu dibelah dua. Kemudian roll dibalutkan dengan kertas berwarna hitam. Untuk kepak, kami melukis dan menggunting bentuk bulat sebelum memotong menjadi dua bahagian.

Sesunggut juga dari baki kertas berwarna hitam. Kemudian, kami tampalkan mata plastik sebagai pelengkap hiasan.


... dah siap. Cantik tak? 


Alhamdulillah, worksheet Aina untuk minggu ini selesai. Esok ibu akan ke sekolah untuk mengambil worksheet yang baru untuk kelas minggu hadapan pula.

Terima kasih atas usaha cikgu dalam memastikan pembelajaran anak-anak istimewa tidak ketinggalan.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my