Wednesday, July 22, 2020

Catatan kehidupan | 22 Julai 2020

Sudah beberapa kali merancang... tetapi tiada jodoh untuk bertemu.


Akhirnya, dia datang juga untuk menghantar lasagna.

Bila ada kelapangan untuk berjumpa, kami tidak mahu melepaskan peluang bertanya khabar.

Walaupun, dihambat dengan kesibukan masa.

"Dik, boleh ajar Kak Ida menulis?"

Itulah ayat permintaan yang sering Kak Ida ucapkan bila berjumpa dengan adinda Nurul Asyikin Ngadiso .

Menulis ini ibarat terapi. Luahan harapan, bebanan dan perasaan yang akan ditulis dapat meredakan seribu satu perasaan. Ia mampu menenangkan Kak Ida walaupun seketika.

"Boleh kak... boleh... Saya memang suka. Kak Ida suka berkongsi tentang apa?"

"Pengalaman dengan anak-anak akak boleh ke dik? Banyak orang masih tidak tahu bagaimana hendak bermula bila kita ada anak istimewa ni... cuma segan, ada ke yang mahu membaca?"

Sikap malu ini cukup tebal dihati. Rasa tidak setanding dengan yang lain.

Setelah berjanji (walaupun tidak pasti bila masa yang akan tiba,

... kami berpisah kerana hambatan masa, tetapi Kak Ida tetap yakin masa itu pasti ada.

Apabila adik manis, Yusnorsyazana mengajak Kak Ida untuk menghadiri bengkel #SriDiahBercerita, ia ibarat mengantuk disorongkan bantal.

Ya, inilah masa yang paling sesuai. Berkumpul bersama sahabat yang dahagakan ilmu membuatkan Kak Ida tidak mampu untuk berkata tidak.

Paling tidak disangka, si dia Mohammad Syamsul Kamisan turut bersetuju untuk hadir sama menemani Kak Ida sebagai seorang peserta.

Allahu, hikmah yang cukup beerti buat kami berdua.

Terima kasih adindaku kerana membawa program ini ke Johor. Doakan hasrat Kak Ida untuk menghasilkan buku ini dapat direalisasikan.

Bila kita bersama-sama, kita akan bersemangat. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my