Tuesday, July 21, 2020

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang

Allahu, 


Kak Ida faham perasaan ini.

Bila anak sudah disahkan oleh doktor anak kita menghidap ADHD. 

Rasa seolah-olah dunia menghempap kepala kita.

Kita akan rasa kosong, kaki tidak memijak ke tanah, diri di awang-awangan, panik, kecewa dan seribu satu perasaan bercampur baur. 

Belum lagi memikirkan apa yang orang kata.

Ya ibu, laluilah proses itu dulu. 

Jangan dinafikan perasaan itu. 

Kalau perlu menangis, menangislah dahulu.

Kalau mahu meraung, pergilah mencari pantai dan jeritlah sekuat hati. Dalam kereta pun boleh. 

Lepaskanlah sesak dan beban di hati dan perasaan yang terbuku.

Hadapilah fasa itu dulu.

Bila hati sudah tenang, kita lalui pula fasa redha dan bersyukur. 

Ya, bersyukurlah...

"Allah pilih kita untuk menanam ladang pahala".

Bukan pasrah. Tetapi berjuanglah untuk anak syurga kita.

Percayalah, ada seribu satu hikmah yang tersembunyi disitu.

Tips yang Kak Ida boleh kongsi,

1. Ambil pen dan sehelai kertas. Kemudian tulis. Tackle satu persatu masalah anak kita. Keadaan yang manakah anak akan bertindak ganas dan hyperaktif. Selesaikan itu dulu. Bukan tentang akademik atau speech. 

2. Tolong jangan abaikan temujanji dengan doktor dan pakar terapi. Berbincanglah dengan mereka yang berpengalaman untuk bantu masalah yang anak kita hadapi. Jika kita sendiri perlu berjumpa doktor, sangat digalakkan. 

3. Kurangkan gadjet seperti telefon bimbit dan television dirumah.

4. Kurangkan gula dalam makanan anak. Gula membuatkan tenaga anak akan "boost" terutama yang ada ADHD.

5. Penatkan anak. Bawa anak ke taman untuk "buang" tenaga yang mereka ada. Kalau boleh, berenang. Insya Allah, lagi cepat mereka penat.

6. Bergaullah dengan ibubapa yang "sekasut" dengan kita. Lalui proses ini satu persatu. Di Johor Bahru, boleh join Pertubuhan GIAT Johor Bahru . Insya Allah, kita sama-sama.

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my