Hari pokok kami agaknya hari ini.
Hai semua, Kak Ida doakan pembaca blog Kak Ida sentiasa sihat dan dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Well said, walaupun hari ini cuti, bisnes tetap berjalan seperti biasa.
Seawal pagi kami ke bank untuk masukkan duit hasil jualan semalam. Setelah selesai, si dia mengajak Kak Ida untuk bersarapan bersama. Alang-alang ke Taman Universiti, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi atau makan tengahari di Anjung Desa.
Kedai ini terletak berhadapan Bank Rakyat lama.
Setelah kenyang menikmati sarapan, kami bercadang untuk "makan angin". Aktiviti tidak dirancang adalah "hunting" pokok untuk dibawa pulang. Menambah koleksi pokok yang ada.
Wah, kali ini memang tidak mengecewakan. Kami dapat empat jenis pokok seperti langsuir, spesis keladi dan dua pokok yang sama tetapi berbeza warna.
Kak Ida hanya tunggu di kereta. Sambil mendengar motivasi pagi dari Imam Muda Asyraf. Berselang-seli dengan BMW Public Gold International. Menuntut ilmu dimana-mana. Gituw...
Tadaaa... hasil hunting kami hari ini. Meriah bak hang... Puas hati sungguh.
Terus kami singgah ke kedai depan membeli pasu. Sini, harga pasu seperti kedai eco. Jadi, berbaloi sangatlah untuk tidak beratur di eco. Hihi
Balik dari "memburu", jiran manis ajak singgah ke rumah. Allahu, rezeki jangan ditolak. Jiran hadiahkan empat lagi anak pokok untuk kami.
Terima kasih jiran, akan si dia jaga dengan penuh kasih sayang.
Sampai sahaja dirumah, bermulalah projek si dia. Replant semula ke dalam pasu.
Kak Ida hanya mampu menemani di meja sudut sambil membuat copywriting. Hihi
Suka tengok bila pokok sudah bersusun.
Insya Allah, petang nanti Kak Ida nak ajak si dia ke nurseri. Nak tambah tanah.
Alhamdulillah, hari yang bermanfaat untuk kami. Seronok dan satu terapi untuk kami heal stress.
Jumpa lagi next entry. Tata.
tudiaaa meriah betul pokok akak..haha
ReplyDeleteAlang-alang, puas hati betul dibuatnya.
ReplyDelete