Ada emas, tapi tak boleh di Ar Rahnukan, sangatlah menyedihkan!
Pengalaman ini cukup pahit untuk ditelan. Tanya upline, boleh urut dada mendengar jawapannya.
Sumber: Google
Bila dalam keadaan terdesak, sakit hati ini hanya Allah yang tahu.
Ada emas di tangan tetapi tidak boleh dicairkan. Alasannya, "maaf, kami tidak boleh terima emas dari syarikat xxx".
Terduduk sekejap, mujur ada sahabat manis bantu. Petang itu juga kami ke Benut.
Gigih Kak Ida kumpul emas jenama xxx yang ada di tangan untuk dicairkan. By hook or by crook, Kak Ida nak tukar dengan nilai duit pada waktu itu juga!
Puas master stokis pujuk supaya tidak menjual emas tersebut, hati ini sudah terlalu kecewa.
Kesimpulannya, carilah jenama emas yang mesra Ar Rahnu. Yang diyakini.
Kecuali emas yang kita beli nak disimpan sebagai kenangan.
#ByKamilia
No comments:
Post a Comment