Sunday, July 5, 2020

Daging paprik untuk si dia

Si dia selalunya akan siapkan bahan-bahan untuk stok seminggu. Antaranya, merebus daging dan tulang bagi memudahkan Kak Ida memasak. 

Alhamdulillah, aktiviti membawa bekal ke pejabat diteruskan. Menu untuk esok, kami bercadang membawa sup tulang sebagai santapan makan tengahari.

Maklum sahajalah, bau rebusan daging, memang tak boleh bawa bincang. Perut "tiba-tiba" jadi lapar (read: tiba-tiba ok).

"Abang nak makan? Ida masak... kalau daging masak merah nak tak?"

Boleh aje, kalau Ida nak makan, abang masakkan nasi. 

Yes! ada geng makan. Ini dinamakan berjemaah.

Buka peti ais, tengok ada lobak, putik jagung, cendawan tiram (si dia petik di kebun mini)... 

"Abang, Ida masak paprik daging nak? Ida letak sayur banyak-banyak" (tidak mahu ada rasa bersalah sebab makan lewat malam).

Terus si dia bersetuju. "Boleh yang..."


Resipi daging paprik.

Bahan-bahan
Dua biji bawang besar
Sebiji bawang holland
Seulas bawang putih
1 biji cili merah 
4 biji cili padi
1 serai (diketuk)
1 helai daun limau (dicarik)
Satu sudu sos tiram
Satu sudu sos tomato
Satu sudu ibu sambal

Sayur (ikut apa yang kita suka). Kak Ida masukkan
Lobak
Pucuk jagung
Cendawan tiram
Daging dan sedikit air rebusan daging.

Cara membuatnya.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, daun limau dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan ibu sambal. 

3. Masukkan sayur yang telah dipotong tadi, Kemudian daging dan air rebusan daging. 

4. Sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Alhamdulillah, kita sambung esok la diet.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my