Balik ke pejabat,
"Abang, berhenti... berhenti..."
Kenapa?
"Ada lori Milo bang kat Tabung Haji."
Kus semangat. Si dia ingatkan apa tadi.
"Selalunya ada gift abang kalau kita beli... Bolehlah abang..."
Gigih si dia buat U-turn untuk ke Bangunan Tabung Haji semula.
Setiap kali nampak lori Milo, Kak Ida mesti terkenang zaman ketika kecil. Entahlah ya, kesedapan air milo dari lori berbeza betul rasa dari yang lain.
Siapa setuju dengan Kak Ida?
New norm, kita perlu beratur untuk mengambil suhu. Selepas itu, baru dapat mengambil air. Pakej Kak Ida akan ambil dua cawan. Satu untuk si dia yang sedang menunggu Kak Ida di kereta. Hihihi
Bertanyakan promosi apa yang sedang berlangsung, Kak Ida terus grab dua set Milo. Kak Ida dapat free gift woven beg, buku dan juga beg sandang.
Puas hati betul dapat menikmati milo di lori. Hihihu
Fuhhh lama tak jumpa lori milo kat sini
ReplyDeleteItu yang aku terjerit suruh berhenti tu... Rindu sangat...
ReplyDelete