Anak-anak cukup bersemangat hari ini.
First day at school after #Covid19.
Akhirnya, 1 Julai, Majlis Keselamatan Negara telah memberi kebenaran untuk pihak tadika dan pra sekolah dibuka mulai hari ini.
Anak-anak cukup bersemangat memulakan hari persekolahan. Bangun awal dan bersiap dengan #NewNorm.
Tilam, bantal dan sejadah perlu dibawa setiap hari. Baju pula perlu disediakan dalam dua set.
Ini penting sebagai langkah kesihatan.
Ibu bapa juga perlu menyiapkan laporan kesihatan anak-anak dalam tempoh dua minggu yang lalu. SOP yang perlu kami patuhi pula.
Sampai di sekolah, suhu badan akan direkodkan. Jika ada gejala demam, selsema dan batuk, anak-anak dilarang untuk ke sekolah.
Jangan lupa memakai hand sanitizer yang diletakkan di depan pintu sebelum masuk.
Guru sudah bersedia menyambut kedatangan khalifah.
Alhamdulillah, perlu membiasakan keadaan sebegini selepas ini.
No comments:
Post a Comment