Friday, July 31, 2020

Satu bentuk kepuasan

Memang satu kepuasan Kak Ida dan si dia membawa balik makanan pulang ke rumah.




Selepas mengambil daging perap tadi,

"Abang, tadi Ida ada nampak orang jual jagung. Boleh berhenti tak?"

"Boleh sayang..." berseri-seri weh muka Kak Ida. Macam disinari cahaya petang.

"Ini ke kedainya?"

"Bukan, rasanya depan lagi. Abang jalan aje. Nanti Ida tunjuk..."

Fuh, semua jenis masakan berasaskan jagung ada. Ada jagung bakar, jagung rebus, jagung mentah pun ada.

"Baru sampai stok jagung ni kak. Malam tadi sampainya. Esok saya tak pasti..."

Terus Kak Ida "shopping" sakan. Termasuk sarsi bodoh. Fuh!

"Terima kasih Kak. Datang lagi ya..."


Kambing Bakap Perap Beku "Nyosa Tak Raso"

Alhamdulillah,

Malam ini mama bercadang nak buat BBQ.

"Ada kambing sedap juga ni..."

Perghh, kenapalah tak cakap awal-awal kan. Raya kot. Lagi-lagi kita ni kat kampung. Bukan di Johor.

Celah mana nak beli.

Well said, mujur ada Mr Google.

"Jap ya bang, Ida kena call dulu... Bukan kaleng-kaleng ni."


"Hello, restoran tutup ni..."

Fuh, hati ini mula kecewa.

"Perap ada tak bang? Dapat yang perap pun boleh" Kak Ida mencuba nasib.

"Kejap ya, saya call budak dulu. Lagi berapa minit nak sampai?"

"Insya Allah, dalam masa 22 minit saya sampai. Pastikan ada tau bang..." Perghh, giler punya arahan.

Hahahaha

"Nanti terus ke dapur tau dik..."

Alhamdulillah, sudah rezeki Kak Ida tidak kemana. Terima kasih atas layanan baik. Insya Allah, mesti sedap. Kak Ida boleh review malam ini.

Thursday, July 30, 2020

Bahulu Sabut Kedai Pijoi

Bermula JJCM.

Kak Ida berhenti di Bahulu Sabut Pijoi.







Bahulu dibakar dengan cara lama iaitu dengan sabut kelapa. Rupa memang tidak seperti bahulu yang dimasak menggunakan oven.

Memang "gelap".

Tengok anak-anak suka makan, Kak Ida boleh kategorikan sedap untuk dimakan.

Tekstur agak "dry". Pastikan ada air masak disebelah. Hihi

Ok, kita teruskan perjalanan.

Balik kampung... Yeay yeay, balik kampung!

Wednesday, July 29, 2020

Senarai semak perkembangan anak mengikut pencapaian

Terima kasih teacher Dzul Iman.

Teruja membaca senarai semak perkembangan anak mengikut pencapaian.


Alhamdulillah, banyak kemajuan yang dicapai oleh anak sebelum melangkah kaki Tahun 1.
Amin amin YRA.

Doakan Ammar ya.

Sunday, July 26, 2020

Ibu dan Aina

Everything's ok Aina? ayat pemanis bila ambil Aina dari sekolah.

"Yes, I'm okay..."

(silent mode).

Ibu, ibu...

Ya?

"Cikgu Shiha suruh bawa loceng dengan tamborine. Bunyi dia kan, ka ching ka ching... kita boleh tepuk kat tangan. Macam ni... (sambil tunjuk cara). Cikgu Shiha dah beli, tapi tak cukup..." (sedih betul nada tu weh...)

Apa yang tak cukup? Dalam kepala terus berpusing, tamborine ke loceng tak cukup?

Struggle betul Kak Ida mahu memahami kata-kata Aina.

Aina, which one teacher Shiha nak? Loceng atau tamborine?

"Bukan Teacher Shiha. Cikgu Shiha la ibu..."
(dalam ibu tarik nafas panjang)

Ya ya, Cikgu Shiha nak yang mana satu?

"Dua-dua la ibu, nanti tak bunyi."

Fuh, dua-dua tak bunyi. Bukan loceng dengan tamborine berbunyi ke?


Sampai depan pintu tadika, tarik handbrake, terus Kak Ida WhatsApp Cikgu Shiha. Kak Ida bukan boleh, kang tengah mengadap kerja, takut terlupa. Memori low tengahari macam ini.

Aduh anak.... Bertabahlah ibu.

Wednesday, July 22, 2020

Catatan kehidupan | 22 Julai 2020

Sudah beberapa kali merancang... tetapi tiada jodoh untuk bertemu.


Akhirnya, dia datang juga untuk menghantar lasagna.

Bila ada kelapangan untuk berjumpa, kami tidak mahu melepaskan peluang bertanya khabar.

Walaupun, dihambat dengan kesibukan masa.

"Dik, boleh ajar Kak Ida menulis?"

Itulah ayat permintaan yang sering Kak Ida ucapkan bila berjumpa dengan adinda Nurul Asyikin Ngadiso .

Menulis ini ibarat terapi. Luahan harapan, bebanan dan perasaan yang akan ditulis dapat meredakan seribu satu perasaan. Ia mampu menenangkan Kak Ida walaupun seketika.

"Boleh kak... boleh... Saya memang suka. Kak Ida suka berkongsi tentang apa?"

"Pengalaman dengan anak-anak akak boleh ke dik? Banyak orang masih tidak tahu bagaimana hendak bermula bila kita ada anak istimewa ni... cuma segan, ada ke yang mahu membaca?"

Sikap malu ini cukup tebal dihati. Rasa tidak setanding dengan yang lain.

Setelah berjanji (walaupun tidak pasti bila masa yang akan tiba,

... kami berpisah kerana hambatan masa, tetapi Kak Ida tetap yakin masa itu pasti ada.

Apabila adik manis, Yusnorsyazana mengajak Kak Ida untuk menghadiri bengkel #SriDiahBercerita, ia ibarat mengantuk disorongkan bantal.

Ya, inilah masa yang paling sesuai. Berkumpul bersama sahabat yang dahagakan ilmu membuatkan Kak Ida tidak mampu untuk berkata tidak.

Paling tidak disangka, si dia Mohammad Syamsul Kamisan turut bersetuju untuk hadir sama menemani Kak Ida sebagai seorang peserta.

Allahu, hikmah yang cukup beerti buat kami berdua.

Terima kasih adindaku kerana membawa program ini ke Johor. Doakan hasrat Kak Ida untuk menghasilkan buku ini dapat direalisasikan.

Bila kita bersama-sama, kita akan bersemangat. Insya Allah.

Tuesday, July 21, 2020

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang

Allahu, 


Kak Ida faham perasaan ini.

Bila anak sudah disahkan oleh doktor anak kita menghidap ADHD. 

Rasa seolah-olah dunia menghempap kepala kita.

Kita akan rasa kosong, kaki tidak memijak ke tanah, diri di awang-awangan, panik, kecewa dan seribu satu perasaan bercampur baur. 

Belum lagi memikirkan apa yang orang kata.

Ya ibu, laluilah proses itu dulu. 

Jangan dinafikan perasaan itu. 

Kalau perlu menangis, menangislah dahulu.

Kalau mahu meraung, pergilah mencari pantai dan jeritlah sekuat hati. Dalam kereta pun boleh. 

Lepaskanlah sesak dan beban di hati dan perasaan yang terbuku.

Hadapilah fasa itu dulu.

Bila hati sudah tenang, kita lalui pula fasa redha dan bersyukur. 

Ya, bersyukurlah...

"Allah pilih kita untuk menanam ladang pahala".

Bukan pasrah. Tetapi berjuanglah untuk anak syurga kita.

Percayalah, ada seribu satu hikmah yang tersembunyi disitu.

Tips yang Kak Ida boleh kongsi,

1. Ambil pen dan sehelai kertas. Kemudian tulis. Tackle satu persatu masalah anak kita. Keadaan yang manakah anak akan bertindak ganas dan hyperaktif. Selesaikan itu dulu. Bukan tentang akademik atau speech. 

2. Tolong jangan abaikan temujanji dengan doktor dan pakar terapi. Berbincanglah dengan mereka yang berpengalaman untuk bantu masalah yang anak kita hadapi. Jika kita sendiri perlu berjumpa doktor, sangat digalakkan. 

3. Kurangkan gadjet seperti telefon bimbit dan television dirumah.

4. Kurangkan gula dalam makanan anak. Gula membuatkan tenaga anak akan "boost" terutama yang ada ADHD.

5. Penatkan anak. Bawa anak ke taman untuk "buang" tenaga yang mereka ada. Kalau boleh, berenang. Insya Allah, lagi cepat mereka penat.

6. Bergaullah dengan ibubapa yang "sekasut" dengan kita. Lalui proses ini satu persatu. Di Johor Bahru, boleh join Pertubuhan GIAT Johor Bahru . Insya Allah, kita sama-sama.

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang.

Wednesday, July 15, 2020

Welcome Back To School Pasca Covid19

Welcome back to school kids #PascaCovid19

Alhamdulillah, selepas bercuti lama kerana pandemik Covid19, sebahagian anak-anak sudah mula bersekolah hari ini.


Syukur, hari pertama berjalan dengan lancar. Kita kena hadapi juga #newnorm ini bersama-sama guru dan PKM. Ya, bersama-sama!

Sebelum masuk ke sekolah, ibubapa perlu "check-in" menggunakan apps My Sejahtera. 

Kemudian, Aina akan duduk di kerusi yang disediakan untuk mengambil giliran untuk suhu badan oleh guru yang bertugas. 




Alhamdulillah, si dia juga sudah menyediakan kit #Covid19 untuk Aina. Kit ini berisi hand sanitizer, mask, extender mask, sudu dan garpu dan tisu basah dan kain lap.


Barisan guru di hadapan menyambut anak-anak bersekolah hari ini. Terima kasih cikgu dan PPM. Kak Ida doakan semoga Allah swt memudahkan urusan cikgu dan PPM dengan anak-anak syurga ini. Insya-Allah.

Sunday, July 12, 2020

Mengasah kemahiran motor

Subjek kemahiran motor Aina kali ini menarik sangat.

Bahan yang diperlukan adalah:-

1. Kertas lukisan
2. Gam
3. Garam
4. Warna air


Buku mewarna ini Kak Ida beli di kedai dua ringgit. Mudah untuk anak-anak mewarna kerana ada guide di atasnya.

Kemudian, ambil gam dan Aina mengikut garisan untuk ditaburkan dengan garam halus.


Bancuh warna air.


Ok, Aina dap-dap warna di atas garam itu tadi. Cantik betul hasilnya. Macam kristal.


Satu terapi dan cara mengasah fokus anak-anak mewarna mengikut garam yang ditaburkan.


Saturday, July 11, 2020

Koleksi pokok si dia bertambah lagi

Hari pokok kami agaknya hari ini.

Hai semua, Kak Ida doakan pembaca blog Kak Ida sentiasa sihat dan dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t.

Well said, walaupun hari ini cuti, bisnes tetap berjalan seperti biasa.

Seawal pagi kami ke bank untuk masukkan duit hasil jualan semalam. Setelah selesai, si dia mengajak Kak Ida untuk bersarapan bersama. Alang-alang ke Taman Universiti, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi atau makan tengahari di Anjung Desa. 

Kedai ini terletak berhadapan Bank Rakyat lama. 

Setelah kenyang menikmati sarapan, kami bercadang untuk "makan angin". Aktiviti tidak dirancang adalah "hunting" pokok untuk dibawa pulang. Menambah koleksi pokok yang ada.

Wah, kali ini memang tidak mengecewakan. Kami dapat empat jenis pokok seperti langsuir, spesis keladi dan dua pokok yang sama tetapi berbeza warna.



Kak Ida hanya tunggu di kereta. Sambil mendengar motivasi pagi dari Imam Muda Asyraf. Berselang-seli dengan BMW Public Gold International. Menuntut ilmu dimana-mana. Gituw...



Tadaaa... hasil hunting kami hari ini. Meriah bak hang... Puas hati sungguh.

Terus kami singgah ke kedai depan membeli pasu. Sini, harga pasu seperti kedai eco. Jadi, berbaloi sangatlah untuk tidak beratur di eco. Hihi

Balik dari "memburu", jiran manis ajak singgah ke rumah. Allahu, rezeki jangan ditolak. Jiran hadiahkan empat lagi anak pokok untuk kami.


Terima kasih jiran, akan si dia jaga dengan penuh kasih sayang.

Sampai sahaja dirumah, bermulalah projek si dia. Replant semula ke dalam pasu.


Kak Ida hanya mampu menemani di meja sudut sambil membuat copywriting. Hihi

Suka tengok bila pokok sudah bersusun.

Insya Allah, petang nanti Kak Ida nak ajak si dia ke nurseri. Nak tambah tanah. 

Alhamdulillah, hari yang bermanfaat untuk kami. Seronok dan satu terapi untuk kami heal stress.

Jumpa lagi next entry. Tata.


Friday, July 10, 2020

Koleksi terbaru Public Gold

Alhamdulillah, Public Gold release lagi design terbaru. Kali ini dari Marvell iaitu Avengers EndGame dan Frozen II.

Koleksi ini dikeluarkan 1g.

Cantik sangat.

Jadi, pada yang berminat, jangan lupa tekan www.wasap.my/60196558504/PublicGold



Jangan lupa dapatkan koleksi ini ya. Stok TERHAD.

Wednesday, July 8, 2020

Hari kedua kami di Legoland Hotel

Morning view dari bilik kami di Legoland Hotel.


Assalammualaikum semua.

Seusai solat Subuh, Kak Ida ambil kesempatan menikmati ketenangan pagi sementara menunggu waktu sarapan jam 9.00 pagi. #NewNorm yang perlu semua orang patuhi.

Setiap keluarga hanya diperuntukkan bersarapan selama 45 minit sahaja. Baki 15 minit untuk memudahkan staf mengemas dan membuat sanitize untuk keluarga seterusnya.

Kita daftar masuk untuk memaklumkan nombor bilik dan jumlah kepala. Kemudian, staf akan membawa kita ke meja dan kita hanya perlu duduk sahaja sehingga makanan sampai.


Sarapan pagi kami di Bricks Family Restaurant.


Senarai menu yang telah diletakkan di depan pintu masuk restoran.







Tiada buffet. Semua makanan akan dihidang ke meja makan. Jangan risau, kita boleh minta tambahan makanan pada staf disitu jika tidak cukup. Disini, Kak Ida dapat lihat tiada pembaziran makanan berlaku. Semuanya habis dimakan. 

Makanan? Semua sedap-sedap belaka. Memang berbaloi-baloi. Tetapi itulah, tempoh 45 minit begitu pantas berlalu. Hahaha... Jangan mimpi nak relax-relax menikmati kopi pula. Giliran keluarga pukul 10.00 pagi sudah menanti diluar.

Selepas bersarapan, aktiviti untuk anak-anak sudah bermula. Ada bricks foam, colouring, build bricks dan macam-mana lagi.







Tahu-tahu, sudah menjelang tengahari. Kami bercadang hendak makan tengahari di Ben's Independent Grocery (B.I.G) berhadapan Legoland Hotel. 



Jalan kaki berjemaah ke Mall of Medini.



Wantan soup.


Antara menu wajib cuba, mee wantan soup dan kuew tiaw beef. 4.5 bintang untuk menu ini. Serius, memang sedap. Termasuk cili jeruknya. Fuh!

Alang-alang ke sini, Kak Ida spend masa di Mall of Medini. Beri anak-anak bersiar-siar sebelum balik ke hotel semula.


Kalau perasan, banyak kepala keretapi Thomas disini. Rupa-rupanya. ianya dibawa dari Hello Kitty yang telah ditutup.


Alhamdulillah, masa untuk pulang. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my