Friday, June 28, 2019

Ziarah Raya 2019 | Pendidik Dzul Iman

Hari menyantuni kedatangan guru-guru dari Dzul Iman datang ke rumah.

Allahu, Kak Ida sangat berbesar hati bila mereka sudi jejakkan kaki ke rumah manis.

Seperti biasa, setelah berbincang dengan si dia, kami membuat keputusan untuk membuat beberapa menu seperti ikan cencaru sumbat kelapa, ayam goreng, kacang panjang dicampur udang masak lemak, budu dan ulam-ulaman. 



Gigih si dia membakar ikan cencaru bakar sumbat kelapa. Aduh, memang sedap dan menu ini merupakan signature menu rumah kami.


Terima kasih Kak Haya sudi singgah untuk hantar ulam-ulaman ini. Baru tahu, ada pasar tani Mutiara Rini dibuka setiap hari Jumaat berdekatan dengan Masjid Jawaher.

Haa... silalah pergi. Hihihi



Ikan cencaru sumbat kelapa is dooonnneeee... (nada suara buat seperti ala-ala Eina Azman gituw). 


Ayam goreng panas-panas.



Alhamdulillah, terima kasih cikgu-cikgu sudi singgah ke teratak manis. 

Thursday, June 27, 2019

Raya 2019 | Ziarah Sister BF Linda Nasir

Menyantuni jemputan #SisterBF, Puan Linda Nasir ke teratak beliau. Kak Ida tiba agak lewat kerana perlu singgah beberapa tempat dahulu untuk COD barang dagangan.

Sampai dirumah Linda, lebih kurang jam 9.30 malam. Toleh ke belakang, semua anak-anak sudah lena diulit mimpi. Turunlah Kak Ida dan si dia sahaja.  

Lihat sahabat-sahabat lain pun sudah ada seperti acik Wana, mama Effa dan Kak Zulhaya. Kami dihidangkan dengan nasi tomato, dan nasi goreng gaiss... Kuih koci air tangan mama Linda turut ada. Teh tarik licin pula ketika kami sampai. Huk huk huk.

Bertabahlah, siapa suruh lambat sampai. Hahaha


Hiasan meja. Ringkas tetapi menarik.


Bekas mantan Setiausaha GIAT, Kak Wana. Bukan biashe-biashe orangnya.



Kak Ida suka dengan gambar ini. Ada #PhotoChallenge rupanya. Hihi


Menu ini yang paling menarik perhatian Kak Ida. Habis diet malam tu. Hallah hallah...

Kek pecan butterscoth. Terbaik weh. Sedar tak sedar Kak Ida menikmati empat potongan kek ini sahaja.




Hasil gambar kami berlima. Gojes sentiasa. Hihihi

Malam itu, kami rajin pula buat boomerang. Lagi havoc suasana raya. Belum lagi, gambar-gambar yang tak jadi, kena ambil semula. 

Alhamdulillah, selesai ziarah raya rumah #SisterBF. Terima kasih tuan rumah atas jemputan. Janganlah serik menjemput kami lagi ya tahun hadapan. Insya-Allah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah, tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan manis untuk keluarga kecil kami.

Sebenarnya, si dia ada jemputan di hotel sempena majlis meraikan beliau yang telah bertukar. Dalam masa yang sama juga, ada majlis perkhidmatan cemerlang juga untuk tahun 2018.

Kak Ida berada dirumah ketika si dia membuat kejutan melalui whatsapp. Si dia merupakan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018. 

Pada 23 April yang lalu, giliran Kak Ida menerimanya. 

[ Boleh baca DISINI ]


Kak Ida pernah doakan dia pada tahun lepas. Cukup spesifik doa untuk si dia. Allahu, Allah makbulkan doa Kak Ida. 


Tahniah abang, semoga dengan penganugerahan ini, abang lebih bersemangat dan membantu lebih ramai orang. Jadikan inspirasi kejayaan ini sebagai pemangkin semangat. Insya-Allah.

Riang Ria Raya Zon Pulau Aur

Riang Ria Raya Zon Pulau Aur berlangsung dengan cukup meriah.


Selamat datang ke Zon Pulau Aur. Pintu masuk ke pejabat kami dihias indah.

Meriah dari segi makanan, minuman, props dan jemputan.




Belanja swafoto sekeping.


Sue pun ada walaupun sedang cuti bersalin.

Majlis dimulakan dengan marhaban yang diketuai oleh Lan. 





... dengan kawan meja sebelah, Siti.


Terima kasih sudi datang. 


#OOTD Props Zon Pulau Aur. 




Unit Cawangan Semakan Kualiti





Cawangan Pelarasan Data Geospatial.


Seksyen Teknologi Maklumat.












Saturday, June 22, 2019

Raya 2019 | Beraya BFF MJ's

Yeay, ini harinya. Hari beraya BFF MJ's. Sahabat dari zaman sekolah rendah.

Dalam group WhatsApp, mereka request menu kopitiam. Alhamdulillah, boleh sahaja.


Sedia terima tetamu yang datang. Tetapi sebelum itu, Kak Ida beraya dulu di rumah sahabat manis di Bandar Baru Pulai Jaya.



Nah, masuk sahaja ke dalam rumah, fefeling anak ramai weh. Meriah dengan kehadiran empat keluarga yang beraya bersama-sama tahun ini.


Soto hasil air tangan tuan rumah.




Terima kasih MJ's Iffah. Cenderahati istimewa dari Jepun. Cantik kan? 

Selesai semua. Kak Ida bergerak pulang dahulu ke rumah. As per requested, mereka meminta menu kopitiam untuk petang ini. 




Bergambar kenangan sebelum bersurai. Malam nanti baru sambung kerumah mama Farah dan Ibu Azie di Mutiara Rini. 




Masakan korea gaiss.. sedap weh.


Alhamdulillah, program tahunan beraya BFF MJ's selesai untuk misi raya 2019. Terima kasih sahabat, semoga ukhuwah antara kita berpanjangan. 




Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my