Kak Ida sampai di tempat mengundi dalam jam 11 pagi. Bukan tidak mahu pergi awal, hujan lebat dan juga sibuk mengemas tiles yang meletup semalam.
Masuk sahaja ke SK Sri Skudai, keadaan agak lengang. Tidak ramai. Kak Ida terus ke kaunter pendaftaran yang terletak di Dewan SK Sri Skudai.
"Saluran mana puan?" tanya Petunjuk Arah yang ditugaskan oleh SPR.
"Puan terus ke depan kemudian belok kiri ya,"
"Macam kenal aje..." tegur kerani mengundi ketika melihat nama di kad pengenalan.
Kena maintain sopan. Padahal kami berdua sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Mahu bergegar kelas Sek. Keb. Sri Skudai jika kami berdua menjerit teruja.
"Tempat jauh lagi dikenang, ini pula kita jumpa di sekolah sendiri." bisik Kak Ida. Hehehe...
Begitulah, ini belum lagi si dia ada. Kita cak cak kelas sebelah-sebelah.
Tidak sampai lima minit, semuanya selesai. Ok, kita ke SJK (C) Ping Ming untuk giliran si dia pula untuk mengundi.
Disini, pengundi memang ramai. Tidak mengapa, asalkan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia kita lunaskan.
It's done! Yeay...
No comments:
Post a Comment