Sunday, November 27, 2022

Our Dream House | Bahagian III

Mak aiii...

Kak Ida sudah terasa "bahang" penatnya. Alhamdulillah, progress mencabut tiles dan skirting sudah selesai sepenuhnya. 

Setiap hari mesti ada progress walaupun sedikit.

Tidak mahu membuang masa, Kak Ida bercadang untuk 'survey' harga SPC Flooring. Atas saranan, kami ke Mitalee Carpet dan Furnishing yang terletak di Taman Johor Jaya.

Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan bila dapat berjumpa dengan sales person, Miss Guok yang banyak membantu kami berdua memilih lantai yang sesuai untuk ruang tamu dan dapur.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan harga, saiz dan jenis SPC. Buat masa ini, kami membeli simen self-levelling dan juga primer untuk lantai dahulu.

Bajet:

Primer RM 260.00.

Simen Nopovax RM 60/satu.

Tidak mahu membuang masa, kami terus ke WareHouse Mitalee di Permas Jaya (berhampiran dengan Aeon Mall Permas). 

Ok, jom kita tengok proses simen pula.

Kita perlu vacuum serpihan batu yang ada di celah-celah batu simen yang ada.




Sebelum itu, kita sapu primer dahulu di lantai. Nampak tak warna yang berkilat-kilat tu? Hehehe...

Proses membancuh simen hendak dimulakan.


Memang tawakal juga. Iyelah, pertama kali membancuh simen. Kita boleh baca instruction di bungkusan.



Kemudian, terus curah. Gunakan wipe untuk meratakan simen tersebut.



Keadaannya jadi macam ini.


Cabaran yang kami hadapi adalah, simen yang dibancuh tiba-tiba jadi lava bila dituang. Rupa-rupanya hardener. Simen menjadi keras dalam tempoh yang singkat.

Termenung juga kami sebab telah membancuh dua bungkus sekaligus. Ini namanya belajar dari pengalaman. Cukup mahal harganya. Down juga kami.

Ok, kita sambung esok! 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my