Minggu depan anak-anak PPKI ada sukaneka boling.
... dan Kak Ida tiada untuk menjadi pengiring kerana berada di luar kawasan.
Tidak mahu anak-anak terpinga-pinga apa itu boling, malam ini Kak Ida berkesempatan mengajak anak-anak belajar bermain. #homeschooling.
Sengaja memilih tempat boling yang sama untuk memastikan anak-anak "pernah datang" ke sini. Selepas menikmati makan malam, kami terus bergerak ke destinasi yang dituju.
Kak Ida membayar harga dua games. Biar puas anak-anak dapat bermain.
Kita ambil gambar kasut dulu. Hehehe...
Pastinya si dia dahulu yang memulakan permainan.
Kak Ida tunjuk dan tunggu sehingga giliran nama di dashboard, pemilihan berat bola, cara baling bola, tunggu pin jatuh dan lain-lain lagi.
Memang kelakar bila tengok gelagat anak-anak menunggu bola boling mengenai pin atau tidak.
Walaupun bola banyak ke longkang, it's ok kids. This is your first time experience.
Surprisingly, Aina hari ini berjaya menjatuhkan 50 pin! Tak padan dengan kurus mengangkat bola boling. Heheheh...
Permainan tamat lebih kurang jam 11.00 malam. Yeay, alhamdulillah. Anak-anak enjoy.
Besar harapan Kak Ida, walaupun ibu tiada disisi nanti, anak-anak dapat bermain dengan pengalaman malam ini.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment