"Alhamdulillah, selesai juga ruang tamu. Lepas ni kita kemas dapur pula," begitulah kata-kata Kak Ida pada si dia sebelum berhenti untuk "tarik nafas". Dari malam tadi, kami berdua merancang untuk mengemas rumah bagi menghabiskan masa bercuti panjang sempena Hari Mengundi yang jatuh pada 19 November 2022.
Kak Ida membuat keputusan untuk menunggu solat Asar sebelum mendengar bunyi seperti letupan.
Berlari Kak Ida keluar dari bilik. Kak Ida ingatkan cornish yang jatuh atau buku di perpustakaan mini kami di atas yang jatuh.
Bunyinya memang menggerunkan. Risau kalau anak-anak dihempap.
"Lantai meletup Ida...," begitulah ayat si dia.
Ha? Lantai meletup? Terpinga-pinga sekejap memahami maksud si dia.
Pandang ke bawah, Allahuakbar. Nampak rekahan di celah-celah simen di tiles.
Tergamam campur terkejut melihat perkara ini berlaku di depan mata. Kak Ida sempat mengucap untuk menenangkan perasaan. Syukur, anak-anak tidak ada yang terluka.
Tiles terangkat di bawah karpet.
Gambar paling epic semalam. Hehehe...
Rupa-rupanya, jiran juga sudah lama mengalami masalah ini. Rumah Kak Ida yang paling lewat tiles pecah. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Simpan sini sebagai kenangan. "Our dream house" akan dimulakan selepas ini. Satu lagi bentuk kesyukuran, perancangan Allah juga yang paling tepat.
No comments:
Post a Comment