Assalammualaikum dan salam Jumaat,
Hari ini Adilah ada Bengkel Matematik di sekolah. Gigih juga hendak menghantar anak dari Skudai ke Johor Bahru. Semangatnya lain macam! Hehehe...
Ada berbaki tiga jam sementara menantikan Adilah menghabiskan bengkelnya. First of all, pastikan perut kita terisi sarapan pagi.
Kak Ida singgah ke Sate Ruby menikmati mee hoon soto. Meenya separuh, tiada bergedil dan ayam lebih. Perlahan-lahan Kak Ida menikmati nikmat rasa soto. Gituw.
Tengok jam, baru pukul 8.46 agi. Eh! Nak kemana lagi?
Ting!
Akhirnya Kak Ida melepak di parking pejabat. Sambil menulis blog ini, Kak Ida cuba menyiapkan beberapa urusan melibatkan ByKamilia.
Alhamdulillah, kita tenang-tenang sahaja sementara menantikan jam 11.00 pagi. Insya Allah.
See you next posting. Tata.
No comments:
Post a Comment