Monday, November 28, 2022

Our Dream House | Bahagian IV

Alhamdulillah, 

Hidup perlu diteruskan. We must move on dengan kisah simen menjadi keras dengan tiba-tiba.

Hari ini, kami membuat keputusan untuk keluar membeli SPC bagi penambah semangat. Malangnya, kedai ditutup kerana cuti umum kerana bola dan cuti peristiwa sempena kemenangan Pakatan Harapan pada mengundi yang lalu.

"Kita cat rumah nak bang?"

Alhamdulillah, si dia bersetuju dengan cadangan Kak Ida. Terbayang-bayang warna yang sudah dipilih dan tidak sabar berkongsi dengan si dia.

Kami terus ke Sinar Hardware Marketing yang terletak di Taman Pulai Perdana. 

Yeay, Kak Ida akhirnya memilih warna "timeless" dari jenama Jotun.


Nah, cantik tak? Cukup minimalis.



Alang-alang mengecat, Kak Ida membantu si dia menutup lubang dengan simen, menampal plaster di plak lampu sebelum proses mengecat dilakukan. 





Hasilnya. Ruang nampak lebih luas kan?



Alhamdulillah, memang berbaloi. Cat kering dengan cepat dan tiada bau yang tidak menyenangkan.

- Perincian -

Kod warna: 1024 | Timeless
Jenama: Jotun
Harga: RM 410 setong untuk 15 liter (Harga Promosi)

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my