Thursday, November 3, 2022

Giveaway sempena PP2P setahun

Happy Birthday PP2P!

Sudah setahun group poskad ini ditubuhkan pada 02 November 2021 yang lalu. Idea dari Dr Nik untuk mengumpulkan penggemar-penggemar poskad berkongsi salah satu cabang filateli.

Sempena First Day Cover | Kitar Semula Ekonomi Kitaran yang dikeluarkan hari ini, Kak Ida bercadang membuat giveaway di group PP2P.


Istimewanya, poskad ini akan ditampal dengan setem terbaru Kitar Semula yang bernilai RM 1.50, cop Hari Pertama dan poskad yang bertemakan Kitar Semula "Learn Proper Waste Management" hasil idea kreatif si dia.


Tahniah kepada lima pemenang giveaway ini iaitu:
Dr Asyikin Abd Halim
Abe Aey
Tuan Iszaynuddin Abd. Hamid
Serikandi Perak
Azlina Lajimm

Semoga poskad ini selamat sampai ke tangan pemenang. Insya Allah.


Sempena First Day Cover ini juga, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk mencukupkan koleksi setem bagi tahun 2022 ini. Kak Ida sangat berpuas hati dengan design sampul dan juga header setem bagi edisi kali ini.

Ok semua, jumpa kita di next posting. Tata
 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my