Hari kedua tiles meletup, kami berdua telah mula untuk membuat sesi perbincangan terutama dari segi bajet.
Kami memfokuskan untuk mengemas perabot untuk memudahkan tiles diangkat. Risau juga tiles yang pecah akan melukakan anak-anak.
Manakala hari ketiga, kami sudah mengangkat semua tiles dan si dia memulakan misi grind saki-baki tiles yang melekat di dinding.
Kami berdua sepakat untuk membuat misi "Our Dream House" ini dengan air tangan si dia.
Skirting telah ditanggalkan.
Doakan urusan ini dipermudahkan ya kawan-kawan. Ketika ini, kami berdua dalam fasa bertahan untuk membuatnya sendiri. Bukan tidak mahu mengupah orang, tetapi harga upah pada zaman ini, Allahu, boleh menyesakkan jiwa.
Insya-Allah, sedikit demi sedikit.
No comments:
Post a Comment