Friday, November 4, 2022

Pemenang Kuiz Maulidur Rasul Kelab TaHa

Ketika scroll Facebook, ada satu status dari page Official: Tabung Haji lalu di News Feed. 

Allah s.w.t gerakkan hati untuk membelek status yang sebelumnya.

Eh, rupa-rupanya keputusan Pemenang Kuiz Maulidur Rasul Kelab TaHa sudah keluar dua hari yang lepas.

Seingat-ingat Kak Ida, anak-anak ada join kuiz ini. 

Tidak melengahkan masa, terus download pada pautan yang disediakan. Manalah tahu ada rezeki untuk anak-anak.

Alhamdulillah, rezeki di penghulu hari, Ammar berjaya menjadi salah seorang daripada 100 orang pemenang dalam Kuiz Maulidur Rasul Kelab TaHa ini. Allahuakbar.

Tu... No 43. Hehehe... 

Kak Ida terus buka akaun THJari kerana dimaklumkan hadiah itu telah dikreditkan ke akaun TH pemenang.

Alhamdulillah, tahniah #AmmarSayang. 

Ibu simpan sini sebagai kenang-kenangan.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my