Wednesday, November 30, 2022

First Day Cover | 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris

Alhamdulillah, 

Keluaran pada 30.11.2022 adalah 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan temanya "Terbilang Merentasi Empat Zaman". Terdapat satu denominasi sahaja iaitu RM 1.30 dikeluarkan pada edisi kali ini.



Design setem ini bagi pendapat Kak Ida sangat cantik. Jangan lupa dapatkan koleksi First Day Cover di Pejabat Pos utama atau melalui tempahan website di www.pos.com.my.

Monday, November 28, 2022

Our Dream House | Bahagian V

Yeay, shopping day! Hari ini kami berdua membuat keputusan untuk membeli SPC Flooring. Malam tadi, kami sudah mengira jumlah keluasan rumah kerana SPC ada keluasan sekian... sekian...

Kami mengambil kesempatan dengan cuti umum yang diumumkan sempena bola dan cuti peristiwa untuk menyiapkan our dream house kami.

Selepas bersarapan, kami ke Mitalee Carpet dan Furnishing untuk menambah semangat untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah, bajet kami di sini sangat-sangat memuaskan hati. Malah, kami dapat membeli planted wall dengan bajet yang kami ada. 

Ya, kami suka sangat!

Petang, kita cuba lagi membancuh simen selepas kegagalan tempoh hari. Hehehe. Kami come out dengan idea untuk membancuh simen sedikit demi sedikit. 

Pertama, kita sapu semula primer untuk mengelakkan debu simen berterbangan. Kemudian, campurkan sedikit primer ke dalam bancuhan simen sebelum ditabur. Hasilnya, walah! 






Alhamdulillah, so far go well. Puas hati sungguh melihat hasil simen pada hari ini. Insya-Allah, esok sudah boleh memulakan pemasangan SPC pula. Yang penting, kita tunggu simen kering dahulu.

Nantikan progress Our Dream House Bahagian IV pula nanti. 


Our Dream House | Bahagian IV

Alhamdulillah, 

Hidup perlu diteruskan. We must move on dengan kisah simen menjadi keras dengan tiba-tiba.

Hari ini, kami membuat keputusan untuk keluar membeli SPC bagi penambah semangat. Malangnya, kedai ditutup kerana cuti umum kerana bola dan cuti peristiwa sempena kemenangan Pakatan Harapan pada mengundi yang lalu.

"Kita cat rumah nak bang?"

Alhamdulillah, si dia bersetuju dengan cadangan Kak Ida. Terbayang-bayang warna yang sudah dipilih dan tidak sabar berkongsi dengan si dia.

Kami terus ke Sinar Hardware Marketing yang terletak di Taman Pulai Perdana. 

Yeay, Kak Ida akhirnya memilih warna "timeless" dari jenama Jotun.


Nah, cantik tak? Cukup minimalis.



Alang-alang mengecat, Kak Ida membantu si dia menutup lubang dengan simen, menampal plaster di plak lampu sebelum proses mengecat dilakukan. 





Hasilnya. Ruang nampak lebih luas kan?



Alhamdulillah, memang berbaloi. Cat kering dengan cepat dan tiada bau yang tidak menyenangkan.

- Perincian -

Kod warna: 1024 | Timeless
Jenama: Jotun
Harga: RM 410 setong untuk 15 liter (Harga Promosi)

Sunday, November 27, 2022

Our Dream House | Bahagian III

Mak aiii...

Kak Ida sudah terasa "bahang" penatnya. Alhamdulillah, progress mencabut tiles dan skirting sudah selesai sepenuhnya. 

Setiap hari mesti ada progress walaupun sedikit.

Tidak mahu membuang masa, Kak Ida bercadang untuk 'survey' harga SPC Flooring. Atas saranan, kami ke Mitalee Carpet dan Furnishing yang terletak di Taman Johor Jaya.

Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan bila dapat berjumpa dengan sales person, Miss Guok yang banyak membantu kami berdua memilih lantai yang sesuai untuk ruang tamu dan dapur.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan harga, saiz dan jenis SPC. Buat masa ini, kami membeli simen self-levelling dan juga primer untuk lantai dahulu.

Bajet:

Primer RM 260.00.

Simen Nopovax RM 60/satu.

Tidak mahu membuang masa, kami terus ke WareHouse Mitalee di Permas Jaya (berhampiran dengan Aeon Mall Permas). 

Ok, jom kita tengok proses simen pula.

Kita perlu vacuum serpihan batu yang ada di celah-celah batu simen yang ada.




Sebelum itu, kita sapu primer dahulu di lantai. Nampak tak warna yang berkilat-kilat tu? Hehehe...

Proses membancuh simen hendak dimulakan.


Memang tawakal juga. Iyelah, pertama kali membancuh simen. Kita boleh baca instruction di bungkusan.



Kemudian, terus curah. Gunakan wipe untuk meratakan simen tersebut.



Keadaannya jadi macam ini.


Cabaran yang kami hadapi adalah, simen yang dibancuh tiba-tiba jadi lava bila dituang. Rupa-rupanya hardener. Simen menjadi keras dalam tempoh yang singkat.

Termenung juga kami sebab telah membancuh dua bungkus sekaligus. Ini namanya belajar dari pengalaman. Cukup mahal harganya. Down juga kami.

Ok, kita sambung esok! 

Friday, November 25, 2022

Buat apa hari ini?

Assalammualaikum dan salam Jumaat,

Hari ini Adilah ada Bengkel Matematik di sekolah. Gigih juga hendak menghantar anak dari Skudai ke Johor Bahru. Semangatnya lain macam! Hehehe...

Ada berbaki tiga jam sementara menantikan Adilah menghabiskan bengkelnya. First of all, pastikan perut kita terisi sarapan pagi.

Kak Ida singgah ke Sate Ruby menikmati mee hoon soto. Meenya separuh, tiada bergedil dan ayam lebih. Perlahan-lahan Kak Ida menikmati nikmat rasa soto. Gituw.

Tengok jam, baru pukul 8.46 agi. Eh! Nak kemana lagi?

Ting!

Akhirnya Kak Ida melepak di parking pejabat. Sambil menulis blog ini, Kak Ida cuba menyiapkan beberapa urusan melibatkan ByKamilia.

Alhamdulillah, kita tenang-tenang sahaja sementara menantikan jam 11.00 pagi. Insya Allah.

See you next posting. Tata.

Monday, November 21, 2022

Penyimpan Bijak

Jika sudah mahir ketiga-tiga kaedah simpanan emas Publicgold, kita boleh pilih mana-mana satu kaedah yang "dekat" di hati.

Asalkan ianya sesuai dengan bajet bulanan kita. Ada orang guna EPP. Ada orang guna kaedah GAP. Ada orang, buat belian terus.

Yang penting, ada matlamat gram yang ingin dicapai. Lepas capai satu target, buat target baru. Begitulah seterusnya.

Simpan emas bukan sekadar untuk kaya, tetapi untuk masa depan kita.


#KitaGeng

Minggu lepas, Kak Ida ada minta pertolongan #rakansehobi yang mempunyai lebihan setem untuk ditukar bagi mencukupkan koleksi setem bagi tahun 1962-2019.

"Mencukupkan koleksi" bermaksud ada nilaian setem yang masih tidak cukup dalam sesuatu keluaran.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Masing-masing cuba membantu Kak Ida berkongsi lebihan setem yang mereka ada. #KitaGeng Hehehe...


... sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Kak Ida akan kirimkan sekeping poskad ini sebagai kenang-kenangan kerana telah menjadi sebahagian dari kisah hidup dalam hobi ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

"Hobi menyatukan masyarakat"

Sunday, November 20, 2022

Progress Our Dream House | Bahagian II

Hari kedua tiles meletup, kami berdua telah mula untuk membuat sesi perbincangan terutama dari segi bajet.

Kami memfokuskan untuk mengemas perabot untuk memudahkan tiles diangkat. Risau juga tiles yang pecah akan melukakan anak-anak.




Manakala hari ketiga, kami sudah mengangkat semua tiles dan si dia memulakan misi grind saki-baki tiles yang melekat di dinding.

Kami berdua sepakat untuk membuat misi "Our Dream House" ini dengan air tangan si dia.




Skirting telah ditanggalkan.


Doakan urusan ini dipermudahkan ya kawan-kawan. Ketika ini, kami berdua dalam fasa bertahan untuk membuatnya sendiri. Bukan tidak mahu mengupah orang, tetapi harga upah pada zaman ini, Allahu, boleh menyesakkan jiwa.

Insya-Allah, sedikit demi sedikit.
 

Saturday, November 19, 2022

Selamat mengundi kawan-kawan

Kak Ida sampai di tempat mengundi dalam jam 11 pagi. Bukan tidak mahu pergi awal, hujan lebat dan juga sibuk mengemas tiles yang meletup semalam. 

Masuk sahaja ke SK Sri Skudai, keadaan agak lengang. Tidak ramai. Kak Ida terus ke kaunter pendaftaran yang terletak di Dewan SK Sri Skudai.


"Saluran mana puan?" tanya Petunjuk Arah yang ditugaskan oleh SPR.

"Puan terus ke depan kemudian belok kiri ya,"

"Macam kenal aje..." tegur kerani mengundi ketika melihat nama di kad pengenalan.

Kena maintain sopan. Padahal kami berdua sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Mahu bergegar kelas Sek. Keb. Sri Skudai jika kami berdua menjerit teruja. 

"Tempat jauh lagi dikenang, ini pula kita jumpa di sekolah sendiri." bisik Kak Ida. Hehehe...

Begitulah, ini belum lagi si dia ada. Kita cak cak kelas sebelah-sebelah. 


Tidak sampai lima minit, semuanya selesai. Ok, kita ke SJK (C) Ping Ming untuk giliran si dia pula untuk mengundi.


Disini, pengundi memang ramai. Tidak mengapa, asalkan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia kita lunaskan. 


It's done! Yeay... 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my