Saturday, May 21, 2022

The power of RM 1

The power of RM 1.

Hari tu tular tentang seorang ayah yang tidak berpuas hati kerana anaknya menerima duit raya berjumlah RM 3 ketika berziarah raya. 

Senyap sekejap mengenangkan sikap bapa tersebut. Bersyukur adanya. Duit raya itu kan sedekah. 

Ya, anak kita bukan Bilal. Kita pun tidaklah ibu bapa yang glamour. Orang sekeliling kita pun bukanlah berpangkat atau ahli perniagaan yang menjana pendapatan jutaan ringgit. Kan?

The power of RM 1 yang Kak Ida nak kongsikan kali ini adalah tentang duit raya anak-anak. Alhamdulillah, ini adalah kali kedua Kak Ida masukkan duit ke dalam akaun Tabung Haji anak-anak.

Mudah sangat, sebab sekarang semua menggunakan apps dan kita boleh buat pindahan dari Bank ke TH. 

Boleh klik DISINI untuk mengetahui caranya. Mudah dan paling pasti, tiada caj tambahan! Hehehe...

Malam ini, Kak Ida buka beg untuk mengira berapa jumlahnya. Setiap sampul itu ada berisi RM 1 dan adakalanya RM 2, dan RM 3. Bila dikumpul-kumpul, Allahuakbar. Jejak tiga angka juga akhirnya.

Rezeki anak-anak kan?

Selalunya Kak Ida akan kumpul duit raya anak-anak dalam satu beg. Sesiapa pun yang dapat duit raya, tetaplah Kak Ida kira jumlah dan bahagikan kepada tiga orang. 

Jika ada sen dibelakangnya, Kak Ida akan tambah sedikit untuk genapkan jumlah.

Selepas itu, Kak Ida akan buka apps Tabung Haji dan mulakan pindahan duit dari akaun Kak Ida. Risau jika terpakai duit raya anak-anak. 

Alhamdulillah, sekarang tidak perlu beratur lama di kaunter. Cukup-cukup mudah!

Ok semua, kita sambung di entry akan datang. Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my