Alhamdulillah, syukur kita dapat berjumpa lagi di minggu baru dalam bulan Mei.
Hari ini, Kak Ida menyantuni Sambutan Hari Raya Zon Pulau Aur.
Sejujurnya, perancangan asal, tiada sebarang sambutan akan dibuat kecuali esok. Tetapi itulah, kita hanya merancang, tetapi Allah juga perancang yang terbaik.
Sekadar perbualan biasa bersama office mate, mesyuarat gerak kerja pada hari Rabu petang bagi membincangkan tarikh, menu, tema dan lain-lain lagi. Kemudian, gerak gempur pada hari Khamis seperti yang telah dirancang. Alhamdulillah. Majlis hari ini (Ahad) berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah.
... selepas dua tahun tidak meraikan.
Seronok ada team yang memberi kerjasama padu. Tahu apa yang perlu dilakukan.
Menu pada kali ini adalah,
- Burasak dan asam pedas ikan parang.
- Lontong kering.
- Mee kari.
- Jelly puding.
- Kek pisang.
Menu tambahan yang dibawa
- Tapai pulut daun getah.
- Lemang.
- Agar-agar.
- Kuih raya.
Alhamdulillah, ramai memuji rasa tapai ini sedap. Boleh masuk dalam list Kak Ida selepas ini. Hehehe...
Kami mulakan dengan bersarapan pagi nasi putih, asam pedas ikan kembung, telur dadar dan burasak. Lontong kering yang diorder akan sampai dalam jam 10.00 pagi.
Selesai menikmati sarapan pagi, kami bergambar kenangan setiap cawangan dan buat pertama kalinya, Kak Ida buat Tik Tok!
Bab bergambar memang tidak kalah gaya! Hehehe...
Menjelang jam 11.30 pagi, jemputan telah sampai untuk mulakan acara marhaban dan doa ringkas yang telah dipimpin oleh Izzuddin.
Seronok dan meriah dengan gelagat masing-masing. Terima kasih kerana sudi datang di celah-celah kesibukan majlis esok pula.
Ok guys. Sampai sini dulu. Insya Allah, kita berjumpa next entry. Tata!
No comments:
Post a Comment