Monday, May 16, 2022

Idea hadiah Hari Guru anak-anak

Hai bloggers,

Dari minggu yang lepas, anak-anak sudah mengingatkan Sambutan Hari Guru disekolah yang akan disambut pada 16 Mei 2022.

Sudah tiga tahun tiada majlis sambutan ini disekolah, jadi Kak Ida rasa tahun ini pasti meriah!

Sejujurnya, antara azam setiap tahun adalah ingin menyiapkan hadiah Hari Guru seawal yang boleh, well said, mesti akhirnya Kak Ida akan shopping disaat akhir kan? Hehehehe...

Semalam, selepas menyantuni majlis menyambut menantu di rumah Kak Ngah, Kak Ida harus bergerak awal. Risau, hadiah masih belum dibeli lagi.

Dalam kepala ini, bercabang-cabang tempat yang perlu dituju. 

Mr DIY?

Daiso?

Eco?

Jusco?

Aduhai... bukan apa, mesti ramai orang. 

Akhirnya, Kak Ida buat keputusan untuk ke UMall sahaja. Kalau tiada hadiah yang berkenan di hati, tidak jauh hendak berpatah balik ke Jusco. 

Begitulah perancangannya. 

Laju tayar kereta bergolek ke tempat yang telah dirancang. Sememangnya tepat seperti jangkaan Kak Ida, memang ramai orang mahu membeli hadiah di saat akhir.

Melilau mata mencari barang yang berkenan. 

Kertas craft bersaiz A4?

Pin?

Buku nota?

Selak-selak, akhirnya, Kak Ida terjumpa satu magnet weekly planner di tingkat paling bawah sekali. 

Allahuakbar, Alhamdulillah. Memang terus Kak Ida duduk "meneleku" membeleknya. 

Disebabkan terlalu ramai orang, barang-barang memang tidak tersusun. Bersepah kerana orang meletakkan barang yang tidak mahu sesuka hati. Terpaksa Kak Ida mencari-cari di celahan barang yang ada disitu. 

Mujur tidak membawa bala tentera. Kalau tidak, memang lagi memeningkan kepala melayan kerenah anak-anak! 

Syukur Alhamdulillah, cukup jumlah yang diperlukan untuk dihadiahkan kepada cikgu. Sesuai ditampal di peti ais. 

Kemudian, Kak Ida membeli kopi dan set pin sebagai tambahan gift

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Simple sangat sebenarnya. 

Paling penting ingatan anak-anak Kak Ida pada cikgu. Syukur, Allah permudahkan urusan mencari hadiah untuk kali ini.

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik yang telah mengajar anak-anak Kak Ida. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran. 


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my