Tuesday, May 3, 2022

Pengalaman menarik di Ulu Temiang, Negeri Sembilan

Semalam, ketika beraya di rumah along, terdengar perbualan si dia bersama mama,

"Mama nak balik Jelebu?"

Pergh, laju betul mama menyatakan persetujuan. Seronok betul bila kami ingin ke sana sebelum bergerak ke Johor Bahru.

... dah nah, inilah Syawal kedua Kak Ida. Bercuti dan menghabiskan masa di Jelebu, Negeri Sembilan. Sejujurnya, Kak Ida seronok jika ke Jelebu dari Kuala Lumpur. Ini kerana, kami akan melalui lebuh raya Ulu Temiang yang terkenal dengan suasana New Zealand.

Kami bergerak selepas bersarapan pagi. Lebih kurang jam 8.30 pagi. Perjalanan ke Jelebu, hanya memakan masa satu jam setengah. Jadi, mata Kak Ida dijamukan dengan pemandangan yang cukup cantik.



Si dia mengajak Kak Ida untuk berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Gila taknak kan? Hehehe...

Tapi itulah, kalau tahu dari awal si dia mahu berhenti, mahu Kak Ida memakai baju merelip. Demi oo od...


Cantik kan?

Cuaca di Negeri Sembilan sangat cantik. Langit yang membiru dan cerah. Sesuai sangat untuk anak-anak menghabiskan masa petang mereka untuk aktiviti luar. 



Malam, kami merancang untuk membuat BBQ. Lain macam sungguh "isyarat" si dia. Kah!


Kipas X

Blower Machine /

Gituw! 




Aktiviti malam kami serikan dengan membakar marshmalow sambil mendengar dentuman bunga api dan meriam silih berganti. Syawal yang cukup dinanti selepas dua tahun kami tidak dapat meraikan bersama insan tersayang.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my