Tuesday, May 24, 2022

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2022 dan Taklimat Professional Peranan JUPEM dalam Perkembangan Falak Syari'e serta Majlis Jamuan Hari Raya

Salam bloggers everyone.

Thank you for having me. Kah!

Ok, Kak Ida cuma nak share aktiviti semalam. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. walaupun tidak berapa sihat semalam. Perut cramp bila bangun tidur pagi semalam. Simpan sini sebagai kenangan supaya pelanduk sentiasa lupakan jerat, tetapi jerat tidak lupakan pelanduk. Eh!

Seawal jam 9.00 pagi Kak Ida menyantuni Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2022 yang telah disampaikan oleh Sr. Helmy bin Nordin, Timbalan Pengarah dan Pemetaan I dan Taklimat Professional "Peranan JUPEM dalam Perkembangan Falak Syari'e yang disampaikan oleh Sr Shafiq Azwan bin Zalil, Jurukur Daerah Johor Bahru Selatan.





Wakil dari Seksyen Kadaster.

Alhamdulillah, Kak Ida dapat hadiah biskut kerana dapat menjawab soalan kuiz dengan betul. Hehehe... Simpan sini untuk kenangan.




Bulan mengelilingi bumi. Begitulah rupanya. Hehehe.

Kemudian, dalam jam 11.30 pagi, Kak Ida terpaksa beransur awal ke Dewan Iskandar Puteri JUPEM Johor untuk menyantuni Majlis Hari Raya JUPEM Johor.

Zon Pulau Aur menyediakan menu sate dan popia serta pemanis mulut iaitu buah-buahan dan dessert.

Sate itu merupakan makanan kegemaran arwah Abang Saneh. Setiap kali ada majlis ini, memang arwah akan memesan sate ini untuk kami. Al Fatihah untuk arwah Saneh bin Mawar.


Bergambar kenangan.







Ringkas sahaja hiasan di gerai Zon Pulau Aur. Paling penting, sederhana tetapi cukup meriah.

Kami akhiri majlis dengan Tik Tok beramai-ramai dan mengambil gambar bersama Sr Helmy bin Nordin, Timbalan Pengarah dan Pemetaan I.




Bergambar kenangan bersama Zon Pulau Aur. My team!

Jumpa lagi di next entry. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my