Akhirnya, setelah cuba menahan... Kak Ida kalah akhirnya.
Ingatkan sakit yang akan hilang, malangnya...
Malam tadi, berguling Kak Ida menahan kesakitan di perut. Berpeluh-peluh dibuatnya walaupun suhu aircond mencecah 27 darjah celcius.
Meleleh air mata dibuatnya setiap kali perut dicengkam bisa.
Pukul 10 pagi, Kak Ida sudah sampai Klinik Adham Taman Teratai. Ada tujuh lapan pesakit menanti giliran dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Takpelah, sikit sahaja lagi...
Setelah nama "naik" di screen komputer, Kak Ida terus maklumkan kondisi diri.
"Puan try dulu makan ubat sakit perut, jika masih tidak berkurangan jumpa saya semula untuk kita buat scan pula."
"Sudah... dah kenapa doktor?"
"Kemungkinan jika bukan gastrik, puan ada masalah batu karang. Jaga masa makanan buat masa ini. Kurangkan memakan benda-benda masam."
Kak Ida mengangguk sahaja. Tiba-tiba, rasa mencucuk itu datang semula ketika consultation dengan doktor. Erat Kak Ida memegang bucu meja menahan sakit.
"Puan bekerja?" doktor bertanya lagi.
Kak Ida menganggukkan kepala.
"Ok, saya berikan MC untuk hari ini. Banyakkan rehat ya." pesan doktor sebelum mengakhiri konsultasi kami.
Ketika bangun untuk melangkah keluar dari bilik doktor, sakit mencucuk datang lagi.
"Doktor? Ada IM buscopan?" tanya Kak Ida. Straight to the point.
"Ada. Tak tahan sangat ke?"
"Bolehlah doktor berikan saya IM Buscopan. Sakit sangat rasanya perut ni mencucuk."
Terus doktor bangun untuk mengambil syringe dan jarum. Dah nah, harap-harap lega sedikit.
Setelah mengambil ubat dan membuat pembayaran, Kak Ida terus balik ke rumah untuk berehat. Letih sangat rasanya bila semalaman tidak dapat tidur.
Alhamdulillah, mohon doakan Kak Ida kembali sembuh ya.
Jumpa lagi di next entry. Tata.
No comments:
Post a Comment