Selamat Hurry Raya 2022.
Gituw!
Kelam kabut di malam raya bila dapat tahun raya tahun ini jatih pada 02 Mei 2022. Lauk semua beku di dalam deep freezer!
"Jom sayang, kita pergi ke Jusco. Kesian mama nak masak." tenang suara si dia menyuarakan pendapat. Capai kunci, terus tayar kereta bergolek ke Aeon Setiawangsa. Mujur ada sales. Satu microwave ini cuma RM 379.00 sahaja untuk member card.
Sampai di rumah, si dia terus "buka langkah". Defrost lauk dalam masa setengah jam. Mama terus mula menumis bawang dan merendang.
Ayam masak merah.
Rendang daging.
Rendang ayam.
Selepas solat raya di rumah mama, kami terus bergerak ke Sepang/Nilai. Raya kali ini berbeda kerana kami ingin beraya di rumah along. Mencipta perubahan selepas dua tahun tidak beraya bersama-sama.
Alhamdulillah, semua ada edisi raya kali ini.
Selepas bacaan tahlil ringkas oleh Arif, kami bersalam-salaman dan mengambil gambar kenang-kenangan.
Dalam pukul 3 petang, kami bergerak ke rumah Cik Lan di Puchong. Baru berkesempatan untuk mengambil gambar berdua. Hehehe...
Ya Allah, jaga mereka untukku.
Selamat Hari Raya 2022 semua.
No comments:
Post a Comment