Ok, ada satu port menarik yang boleh kita singgah iaitu di Senso Art Gallery Cafe yang terletak di Jalan Tan Hiok Nee.
Disini ada menjual pelbagai cenderahati untuk dijadikan kenang-kenangan bila datang ke Johor Bahru.
"Akak nak tengok Art exhibition di atas?" pelawa adik yang cukup ramah melayani Kak Ida.
Tidak mahu melepaskan peluang, Kak Ida terus menanggalkan kasut sebelum memijak tangga naik ke atas.
Di tingkat 2, ada menempatkan Art exhibition dan art gallery. Malah, ada juga art class dan craf disediakan disini jika mahu menghabiskan masa bersama anak. Bonding time!
Alang-alang ke sini, Kak Ida menikmati secawan kopi untuk menghilangkan rasa haus berjalan.
... dan dalam masa yang sama, cuci mata melihat art yang ada disitu. Terapi diri.
Oh ya, Kak Ida juga sempat menulis poskad "Dear Myself" tanda pernah ke situ. Sempena Art exhibition, ada dua keping poskad dan sticker yang diberikan secara percuma kepada pengunjung. Best ke best!
Paling menarik, Kak Ida ada terjumpa poskad "The State Crown (The Crown was designed by the late Sultan Abu Bakar) in 1866. Poskad inilah yang Kak Ida jadikan sebagai hadiah giveaway untuk group Filateli Hobi Teragung.
Disini juga boleh dikatakan "syurga" Kak Ida untuk mencari poskad.
Nah! Hehehe... rambang mata weh. Ikut rasa hati, Kak Ida nak memborong semua.
Sempat selfie sekeping sebagai kenang-kenangan. Insya Allah, boleh repeat untuk me time disini.
Ok semua, itu sahaja untuk kali ini. See you next posting. Tata!
No comments:
Post a Comment